Sunday, 6 July 2014

PENGALAMAN KE PADANG

Salam.

Nak cerita pengalaman ke padang pulak. Supaya aku boleh ingat apa yang aku buat masa pergi sana bila baca balik post ni..hihi

Disebabkan pengalaman lepas pergi 3 H 2 M xcukup so aku serik dan aku beli tiket 4H 3M. Mula2 sangat la rasa janggal sebab sebenarya kat padang xde apa pun. Kononya pergi Lama2 pun xtau nak buat ape.

Mula2 planning juz nak pergi berdua dgn suami. Tiket pun dah book awal sebulan sebab plan last minit. Asal telintas je kt pala otak ni hohoho. Anak nak tinggal sebab kononnya nak limitkan bajet. lagipun bawak budak sangat la susah. Memang susah pun haih tapi xpala rezeki dia nak mengikut.

Nak jadikan cerita 2 3 hari sebelum pergi aku rasa cam sedih pulak nak tinggalkan bujang tu sebab dia dah pandai pangil n cari ayah dia.. Dia rapat dengan ayah dia kan. Jadi cam xtegamak nak tinggal. So aku add infant disaat2 akhir. So pergila kami bertiga. Supir dah book awal2. Hotel dah book. Tiket fligth pergi Jam 7.30am.

Macam biasa kita kena datang 2 jam awal ke airport atau sekurang2nay 45min sebelum berlepas (tak digalakkan). Kali ni dah naik di KLIA2. Merasa kite rasmikan KLIA2 ni..besar n penat berjalan dalam tu adoi. Kesian si ayah sebab diala yg kena dokong anak dia. Kesimpulannya agak susah la travel dengan anak kecil ni lagi2 untuk urusan bisnes. Mcm aku lebih kepada survey bisnes so agak kelang kabut tapi suka la anak ade depan mata mama :) :)

1ST DAY

Flight pukul 7.30am Sampai padang pukul 8.00 (Awal 1 jam). Perjalanan cuma 45minit je. Gigih aku add on makanan. Tak habis makan lagi dah sampai haha.. So rasanya tak payah la kot order makanan dalam flight. Sampai padang boleh makan sedap2. Macam aku aku tetap order makanan untuk anak tersayang hihi mak dia pun lebih jugak laponye. Pagi buta keluar rumah mau tak lapo.

Sampai di padang biasanya orang malaysia suka singgah makan kat Lamun Ombak, sedap katanya. Aku tak singgah sebab dah makan. So terus saja ke Bukit tinggi. Perjalanan ambil masa 3 jam. Sampai bukit tinggi 11.30 pagi. Sebab apa lambat? sebab jam ada pasar kat tengah jalan. Kereta xbergerak hampir 1jam. Kalau x dalam 2 jam dah sampai.

Then aku terus ke kilang ambil order kain custmer aku. Lepas kat sana borak2 gan tokei sampai pukul3 petang. Ni lah masalahnya bila bawa anak. Budak2 ni ada masa makan dia, tidur dia. Anak aku kepenatan so dia asik mengaruk je nangis2. Suami pun da penat layan dia so habis dari melawat kilang kami terus check in. Huaaa..sedih..Sampai hotel anak n suami tdo sampai ke magrib.. Dalam pukul 8.30 kami keluar cari makanan. Mula2 jalan kaki je ingatkan dekat nk ke area tempat makan2 rupaya jauh n sadisnya x jumpa pun. aku dah tercakap gan supir malam xpayah datang sebab kami x keluar jadi gagahla berjalan kaki.

Disebabkan cari makanan xjumpa kami ubah plan cuma makan di restoran berhadapan hotel. Kononya saja nak cari yg jauh sikit kot2 banyak pilihan tapi rupanya xda pilihan pun. So patah balik naik kereta kuda. Kat sini malam2 banyak kereta kuda sekali round RP 100,000 boleh la nak merasa. Seronok jugak. Kawasan di Bukit tinggi ni sejuk2 manja gitu. Dalam bilik hotel pun xda aircond juz ada kipas. Itu pun dah cukup buatkan badan menggigil kesejukan di pagi hari..cewah. Nak2 malam hujan pulak. Tapi sedap jalan. Bahang matahari panas jugak tapi angin gunung yg buatkan suasana sejuk.

Tempat aku makan tu xsedap langsung. Pendapat aku masakan padang yg aku cuba di sana hampir semua xsedap or xkena dgn selera aku haha..Tapi ada juga yg cakap sedap gila. Terpulang tekak masing2. Balik hotel tido

2ND DAY

Lepas sarapan supir bawa kami ke Tasik sangkuring. Cantik tasiknya Tempat tu macam di sebalik gunung. Di bukit tinggi ni sana sini gunung so jalan pun bergunung ganang. Ada 2 jalan nak ke tasik sangkuring. 1 jalan jauh, 1 lagi jalan dekat sikin dalm 2 jam tapi jalan naik gunung. Untungnya jalan dia xrosak. jalan cantik cuma macam ular la. Aku yg xmabuk ni last2 mabuk jugak akhirnya. Pening. bayangkan 44 kali lekok (44 kali koner) bersambung tanpa henti dari atas gunung sampai la ke bawah.
Tapi kt bawah tu xda apa pun juz perkampungan orang je n ada rumah Hamka. Aku tak pergi pun rumah hamka pasal supir sengal. Aku cakap petang tu aku nak ke Aur Kuning. Dia pun cepat2 start kereta terus patah balik ke bukit tinggi. Aku ingatkan sempat la nak singgah rumah hamka.

So aktiviti aku harini juz pergi Tasik sangkuriang, then dalam perjalanan balik kami singgah di butik2 sulaman sepanjang jalan. Saja nak bandingkan kualiti kain dan harga kedai2 kat sana. Last skali ke Aur kuning.

Kesian suami kena gendong ammar hampir 3 jam di Aur kuning, jalan sesak dah macam pasar ikan. Orang ramai gila tapi sedapla nak memborong. Barang murah2. Sampai kebanyakan kedai2 kat situ juz jual borong xjual sehelai2.. Tapi ada jugak jual sehelai2 telekung n tudung. 3jam di aur kuning cuma mengelak orang lalu lalang je. Kalau betul2 jalan ni mau sehari suntuk tak habis kedai2 dalam tu disinggah. Tapi aku sedar matlamat aku kesana bukan nak shopping haha..so tengok jela :(

Dalam pukul5 kami balik hotel. Cik suami da x larat jalan dukung ammar, Ammar pun da meragam xcukup tidur n lapar. So balik hotel beli makanan dalam hotel je n tidur. Kami xmakan dah diluar sebab masakan padang memag xkena. Dia patern masakan berlauk tapi kebanyakannya masak kering. Mcm aku suka  kuah2. Kat hotel order nasi goreng n chiken chop..kui3.

3RD DAY

Harini kami sambung pergi ke butik2 sulam dan ke Istana Pagaruyung. Perjalanan 2 jam. Sampai sana anak pun tidur. Aku dan suami je masuk Istana. Tu pun xbest jalan sebab masing-masing risau anak yg ditinggal dalam kereta. So masuk istana cepat2 then sempat sarung baju pengantin, tangkap gambar 4 5 keping, cuci then balik. Istana ni cantik dan luas. Tapi pelik sebab masuk2 je istana kita dihadapkan dengan bilik2 anak raja yg dah kawin. Pelik betul aku rase huhu. Bilik2 tu pintu dia dilapis dengan 7 helai tirai tebal. Apala salahnya buat je pintu lagi selamat. Penggunaan ruang pun jimat n xrisau orang skodeng kan. Maklumlah bilik pengantin n anak2 raja yg dah kawin kateye..

Bilik anak raja yg bujang di tingkat 2. Tingkat 3 atas sekali ada mcm ruang loteng bertingkap. Boleh tengok sekeliling istana. Kalau ikutkan Istana Melaka tu aku takut nk masuk. Istana Pagaruyung xtakut pulak hihi. Lepas siap semua aku pun balik semula ke Bukit tinggi. Dan sempat singgah ke Aur kuning lagi untuk beli 1 2 barang.

LAST DAY

Dah nak balik dah. Flight pukul1.30pm. Dalam pukul 8.30am kami check out hotel dan terus menuju padang. Sebelum ke airport kami lunch dlu di kedai berhadapan jalan masuk airport. Kat sini makanan dia rasa sedap sangat. Then balik.

Di airport korang jalan lupa sediakan duit RP100,000 utk 1 kepala untuk tax. Infant xpayah bayar, free je.

Begitulah cerita pengalaman aku ke bukit tinggi. Kesimpulannya untuk ke bukit tinggi 4H 3M agak lama juga sebab tak tak banyak tempat menarik pun. Lagi2 kalau korang start jalan dari 8.30am - 9pm banyak tempat boleh pergi n ada baki hari rasaya yg korang xtau dah nak pegi mana haha. Tapi untuk aku yg bawak anak ni kira ngam2 juga la xterlalu penat n tension.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment