Monday, 22 August 2016

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE-2

Assalamualaikum..

Mukadimah sket.. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 88 kelahiran anak dara aku so tujuan post ni saja la buat kenangan nanti supaya tak lupa saat beliau lahir.. Nur Ayra Fazia

Nak cerita dari awal la selagi ingat ni..Mula-mula nak cita masa buat buku. Tarikh last peroid sangat penting ye uolsss ish bahaya kalu xingat tarikh ni..kalau xde pape jadi xpe..kalau salah kira tak pasal-pasal ko kena paksa besalin nanti...seram..

Mula-mula daftar buku tu dapat due date 29hb Mei 2016..Then lepas tu aku rajin buat scan kan..tarikh dekat scanner tu tak sama..Tarikh aku dapat 25hb, 26hb mcm tu la.. So lepas dah masuk 8bulan aku rasa nak update tarikh tu kat nurse so aku tembak je tarikh last period aku 20hb ogos 2015 and nurse tu kira-kira dapat 27hb..aku ingatkan dapat 26hb tau sebab scan banyak dapat tarikh tu kan..dalam tak puas ati tu aku ikutkan jela..Dia lagi pandai ye x.

Nak jadikan cita ye kali ni aku amek cuti awal seminggu start 22hb sebab dah malas nak bawak kete.. penat dah & sakit sana-sini so cuti awal jela walaupun sayang kan amek cuti awal-awal ni...Seminggu sebelum bersalin tu baby kurang gerak..Aku perasan dah 2 3 hari macam tu so aku refer klinik ibu & anak. Lepas dia chek semua dia suruh pergi hospital chek jantung baby betul-betul, maka aku pun pegi la hospital..Masa ni kan aku g hospital sorang je tau. Lupa anak bujang aku kat mana.. Oh aku tinggalkan dengan ayah dia kat rumah. Last-last kena marah sebab semua nak buat sendiri hihi..

Masa kat klinik doktor cakap awak ada kencing manis kan so kena bersalin tepat tarikh tu tak boleh lebih. kalau tak bersalin tarikh due date tu u akan dipaksa bersalin sebab risiko baby meninggal dalam perut tinggi.. Haa kan dah kena.. Elok-elok tarikh due 29hb pergi cepatkan jadi 27hb amek kau..hahaha...Tapi kan perancangan Allah tu lebih baik... Sebenarnya dia yang rancang kita ikut je...

Ok masa kat hospital tu aku kena chek jantung baby selama 1 or 2 jam tak ingat and doktor suruh kira pergerakan baby. Dan masa tu la tak pasal-pasal kena seluk chek jalan...ish..dahla dengan doktor lelaki plak tu..nyampah..Tapi aku tak ingat jalan dah buka ke belum.. banyak makan semut semua tak ingat..

Chek punya chek result dia baby ok & masa ni lah baby ada gerak..Memang betul tau 2 3 hari tu dia kurang gerak.Sampai je hospital tau plak gerak-gerak. Disebabkan takut risiko doktor nak tahan wad sebab dia nak monitor jantung baby 1 hari. Aku berkeras tak nak hihi..Sebab nya aku malas nak susahkan suami aku nanti kag kalau aku masuk wad dah kena hantar anak ke mana pulak.. Dengan dia kerja kena keluar sebelum subuh tu..Dengan pikir nanti aku bersalin dia kena amek cuti banyak lagi kan.. Lagi tambah nyusahkan orang lagi..Lagi pun aku rasa macam dah ok je...temenung-temenung kejap pikir nanti baby gerak so aku nekad xnak masuk wad. Doktor kata risiko tanggung sendiri..Aku jawap okeh...haha degil kan.. Masa ni dah malam dah pukul 8.30pm sorang-sorang jew sob3...xpela rumah 5 minit je dari hospital. So sebelum balik tu doktor info semula yang aku kena lapor diri kat wad bersalin pada 26hb Mei pukul 8.30pagi. Dia akan bagi aku chan bersalin sendiri dalam masa satu hari tu. Kalau tak bersalin jugak dia akan masukan ubat induce pertama.. then kalau tak bersalin jugak ubat ke-2 seterusnya ke-3. If tak bersalin jugak dia akan buat czer sebab memang tak boleh lebih tarikh.. Mula la aku menyesalkan sebab nya kalaula di buatnya tarikh due date aku tu betul-betul memang jatuh 29hb Mei.. Tak ke tak pasal-pasal aku kena bersalin paksa 27hb. Suka-sukati kan tukar-tukar tarikh jadi 27hb...huaaa...dah gerun dah...Nak tak nak terpaksa redho je walaupun kepala hotak aku tak boleh hadam macam mana kiranya baby tak nak keluar 27hb & macam mana kalau-kalau 27hb tu salah kira and macam-macam lagi lah..Yela due date tu tarikh jangkaan kan.. Banyak kes baby akan lahir awal or lambat.. Yang bernasip baik je baby akan keluar ngam-ngam tarikh tu..huhuhu Sekali lagi Allah memang perancang terhebat... : ) Baby lahir ngam2 subuh 27hb Mei 2016 Pukul 4.02am.

So kat sini lah cite pengalaman bersalin tu baru nak start hahaha..sabar jelah ye kalau baca...26hb aku lapor diri.. Datang lambat sikit pukul 930 baru sampai hospital coz pergi sarapan dulu semua. Mula-mula aku kena chek jantung baby dulu 1 jam setengah kalau tak silap and kalini doktor tak chek bukaan pun.. Aku tanya takde chek bukaan ke? Beliau jawap sakit belum kerap kan? biasa kalau sakit baru setengah jam sekali maknaya baru bukak 1cm.. Ok bagus la aku pun bukan nak sangat orang seluk2..Then selesai urusan kat labour room aku daftar masuk wad. Ammar awal-awal dah dihantar ke rumah mak ita..Mak saudara suami aku mintak tolong dia jaga kejap.

Dalam pukul11 gitu aku masuk wad & mula la beborak dengan akak-akak dalam wad tu. masa 1st bersalin aku masuk wad pukul 1.00pagi semua orang dah tido..kali ni masuk 11am haa barulah jumpa orang.. Akak yg sorang tu katanya dah masuk ubat induce 3x tak jalan pun. Sakit pun tak.. Then kena masuk balon pulak..Tah natang ape aku tak tau xpernah dengar.. Masa ni la aku baru tau rupaya ubat induce tu tak ade la masuk-masuk terus sakit macam orang cerita..ada jugak yang masuk ubat tapi tak jalan/tak sakit.. Last-last czer jugak. Jadi 1 hari kat wad tu aku just borak-borak sikit & baca blog pasal orang kena paksa bersalin. Kalau uols ada kencing manis sesuai la kot baca pengalaman aku hihihi...Akak tu lagi lah kencing manis dia tinggi sangat so 38 minggu dah kena masuk wad untuk bersalin. Mana la budak tu nak keluar kan..awal sangat hihi..

Pukul 5 petang. Masa ni baru aku start kira construction sebab dah mula sakit- sakit selang 10 15 minit macam tu tapi tak kuat sangat.. Ammar datang masa melawat tu aku suruh dia pujuk adik dia suruh keluar harini jugak pasal mama takut kena masuk ubat uwaaaa....Bagus pulak adik dia kan dengar kata hihihi... Ammar cium-cium perut main-main kejap then pukul7 dia & ayah dia balik..

Pukul5 tu jugak la aku minum air zam-zam & air anugerah..hihi degil kan? dulu dah kena dah orang cakap air-air macam ni jangan minum. Sebab dah dikira air selusuh kag tak pasal-pasal sakit cam gila jalan tak bukak..Hurm tapi berbekalkan kedegilan yang ada aku minum jugak sambil bertawakal..tawakal pun takut jugak tu tapi dah sampai perut dah air nya.. Alang-alang dah minum..Hurmm uols tau kan Air zam-zam ni dia akan ikut apa yang kita niatkan.. Maksudnya minumlah air zam-zam berserta niat in sya allah urusan mu akan dipermudahkan/dimakbulkan coz air ni ikut apa yang kita doakan.. Ini yang dia tulis pada botol air zam-zam tu.. so Aku sangat yakin dia akan bantu aku..Doa aku "Ya Allah mudahkan lah aku bersalin, kurangkan rasa sakit ku, cepatkan proses kelahiran anak ku dan cepatkanlah bukaan jalan ku" aamiin...minum...Masa ni takut 20% tawakal 80%. Aku rasa 80% Allah akan tolong aku berkat air zam-zam ni..Hihi..Alhamdulillah..jadi..

Masa pukul 7pm ni sakit kontaksi aku dah konsisten 10minit sekali. Kali ni aku tak catit la..Masa ammar dulu gigih taip selang masa kontraksi..hueee....Bila sakit aku berhenti tahan sakit..mengiring ke kiri yee ingat tu tipss..bila tak sakit aku baca blog..Magik kan..kalau dulu start je sakit dah rasa nak beguling-guling..tak boleh baring langsung. kali ni aku lebih relax siap boleh tertido-tido lagi..Pukul 8pm lebih sakit aku dah konsisten 7minit sekali aku pn beria la kira bila nak jadi 5 minit sekali ni.. Pasal dari info-info aku baca kalau selang sakit dah 5minit sekali maknaya dah dekat la tu.. tapi lain pulak kali ni.. sampai ke sudah tetap 7 minit.. rezeki la Alhamdulillah..tu yang sempat tido la makan la..khatam baca blog orang  6 7 blog..pukul8.30pm biras aku datang melawat..Dia memang kerja bahagian wad bersalin so pukul 9pm dia belikan aku nasi goreng & teh tarik..Dia la yang sangat membantu aku..makasih ye kak adah...muah3.. 

Lepas makan sekumpulan nurse datang chek darah.. Oh lupa info 1 hari kat wad ni darah akan di ambil 4x sehari.. So masa dorang datang ni aku tanya la bila nak chek bukaan sebab saya dah sakit 7minit sekali.. Sorang nurse yang over konfident tu jawap kita tak chek bukaan banyak kali nanti takut kuman..Eh macam bodoh pulak aku rasa.. Apa yang chek banyak nya..sekali pun belum chek...dah tu macam mana nak tau jalan dah buka ke belum??? kita dah la nebes ni takut kena paksa bersalin..grrr...

Lepas nurse tu blah aku layan lagi baca blog banyak-banyak kumpul info bersalin selagi ada..Terus terang cakap cara pernafasan sangat penting.. masa sakit tu tarikla nafas dalam-dalam hembus kat mulut..Alhamdulillah kali ni aku betul-betul dapat kawal sakit tu..sampai orang tengok macam tak sakit je padahal sakit kot...hish!! Masa ni aku minum air zam-zam,air anugerah, air masak, air milo, minum teh tarik lagi, nasi goreng lagi..takut no xde tenaga nanti kan..hihi..Sudahnya lepas bersalin muntah semua..

Pukul10.30pm masa aku mengeram dalam toilet nurse cari..Masa ni dah keluar tanda darah then aku terus ikut nurse tu g bilik sebelah chek jantung baby... 1 lagi nasihat aku kalau sakit kontraksi tu tengah datang xsalah kau minta nurse or siapa2 bagi masa kat kau bertenang.. Tak macam aku dlu ilmu tak seberapa masa tengah sakit tu org suruh duduk aku duduk..org nak seluk aku biar.. Kali ni no way.. Aku tengah sakit u jangan paksa-paksa aku suruh pusing la itu la ini lah..Alhamdulillah nurse pn paham..Kita cakap baik-baik..kejap kak sy tengah sakit..layan sakit jap then baru aku buat apa dia suruh..naik katil ke turun katil ke apa kan..communicaton tu..

So orang power kan sakit pun muka aku relek je..Lagi sekali lah aku request kat nurse sama yg bajet tadi tu..Kebetulan dia pulak yang pasangkan alat chek jantung baby pada aku dan dia monitor result mesin jantung tu...aku tanya bila nak chek bukaan sebab sakit dah kerap biasanya jalan dah buka..tadi pun dah keluar tanda darah. Dia boleh jawap tak boleh chek bukaan..Aku bagitau lagi sekali yang dari pagi tadi masuk wad belum ada siapa-siapa chek bukaan aku..Dia jawap kita memang tak chek bukaan kerap.. Lagi pun sy tengok awak masih boleh tahan lagi sakit tu..macam tak sakit lagi je..yela bila sakit kontraksi datang aku just pejam mata & tahan..Disebakan tu dia cakap aku tak sakit lagi..baru sakit main-main la kononye..eh macam aku nak kaki kan je muka dia eaa..geram pulak.. 

Nasip la baik lepas dia pasangkan alat chek jantung baby & datang 2 3 kali chek bacaan dia blah.. nurse senior yang ganti dia datang ke tempat aku.. Masa ni aku terpaksa buat muka kerut-kerut suara terketar-ketar sebab nak nampakkan aku tengah sakit.. Mintak simpati dia tolong chekkan bukaan.. Nurse senior tu tanya sakit awak ni dah kuat ni sambil chek graf.. kat graf tu  dah tnjuk sakit kontaksi aku dari awal dah tinggi boleh pulak nurse bajet tu cakap awak boleh tahan lg ni bla3....Haih sabo jela..Nurse senior tu kata sabar ye tahan sikit kejap lagi macik tolong awal chek bukaan.. Dia pun chek bukaan...5cm 6cm..6.5cm kata beliau..Dia kata dah buka besar ni..Lagi tadi memang takda chek bukaan eh?? Then nurse bajet tu datang menjenguk...aku jawap lagi tadi sy mintak orang chek bukaan takda sapa nak chek..sedangkan sy dah bgtau dari awal belum ada siapa-siapa chek bukaan sejak sy masuk pagi tadi.. Nurse bajet bongok tu jawap ye ke..sy INGAT awak dah chek bukaan tadi.. sebab biasanya kalau sebelum masuk wad doktor akan chek dlu bukaan..Alah time tu lah nak ingat-ingat.. Agakye pekak ke aku dah ulang 2 3x minta chek bukaan & dah bagtau berulang kali belum siapa-siapa chek..eh nak aku tendang je taw...Dah la orang sakit dia kata tak sakit...Berdendam betul aku dengan dia hahahha.... Part ni la yg paling aku ingat sangat sebab sakit hati punya pasal...Nurse-nurse yg lain semua exselen 5 bintang..dia je poyo..

Next lepas chek bukaan tu nurse senior kata pergi balik katil kemas barang & info husband dah boleh datang hospital.. Masa ni dah pukul2.00am..Aku call cik abang bagitau dah nak turun labour room & cik abang dah boleh datang.. Nasib baik call 2x je dia sadar..Terus dia uruskan anak hantar ke rumah kak long pula tumpang kat sana kejap sementara tunggu siang. Nanti siang atok & nenek dia datang ambil.. Tak lama tu kak adah datang bawak kerusi roda..amek-beg baby dan terus turun ke labour room...Maybe masa uols sakit boleh mintak sapa-sapa urutkan bahu..or usap bahu la..aku rasa relex je masa org gosok bahu aku..hurm..Sampai labour room aku kena tunggu kejap sebab bilik penuh & ada 1 bilik tu baru nak kemas..so adala dalam 15 minit kot tunggu..

Tiba lah masa nye dalam lobour room..Dalam ni aku tak berapa ingat la kejadiannya..Sebab perasan macam tak lama je kat sini..Ok aku masuk je dlm bilik labour room tu naik katil. Kak adah kemaskan beg apa semua. Nurse tanya dah membuang ke belum? aku jawap dah so xpayah masuk ubat berak..
Then nurse baju biru masuk & sekali lagi chek bukaan. Suami aku pun dah sampai..Lepas chek bukaan dia bagitau dah 9cm.. kejap je huhu...Ada dalam 1 jam je aku rasa nak bukak sampai 9cm tu..

Kak adah terus panggil cik abang masuk..and dia berdiri kat sebelah kanan..Aku tanya nurse tu dah boleh teran ke?? Dia jawap Haa cuba awak teran dlu sambil dia kemas-kemaskan sarung tangan getah dia..Eh boleh main cuba-cuba plak eh....hahaha adoi la..Ok la cuba la...aku baring betul-betul..Yang tak bestye nurse tu tak ajar pun kena pegang kaki ke bongkok ke apa..walaupun aku tau tapi kalau dia bagitau jadi kita takdela terpikir-pikir dah boleh tarik kaki ke apa kan..Kalau dulu doktor minta suami ampu bahu supaya aku dapat capai hujung kaki..Kali ni dia pun tak bagi tau kita pn xreti nak mandai-mandai..senak jugak la perut nak capaikan kaki tu bila bahu tak di ampu..Dahla badan pun gemuk..haih..sampai lebam keliling kaki aku tarik and gengam kuat sangat...

Aku pun start push..tak ingat berapa kali..yang aku ingat nurse tak gunting and rasa dia tekan-tekan bawah tu bagi luas buka..perit kot...adoii...Dulu seingat aku aku just rasa sakit kontraksi je..Kali ni perit kat bawah tu bukan main lagi macam nak koyak rabak dah..Penat rupaya push ni..Sampaikan lepas keluar kepala aku dah xnak teruskan push dah macam susah no nak lepas..Tapi gila pulak nak berhenti macam tu. So capai kaki lagi genggam kuat-kuat tarik nafas dalam-dalam sekali dua..push lagi..keluar la sorang baby...Lepas tu lepak gila..mata terus terpejam..Rasa nak angkat jari pun tak larat.. Cik abang cium dahi & cakap maafkan dia..Tuje aku dengar..& perasan dia nangis..Eh dia pulak yg mintak maaf kan..haha..Mata aku dah tepejam da xlarat nak buka..Sipi-sipi je nampak lampu..

Nurse angkat baby tunjuk jantina suruh sebut..aku pandang seimbas cakap perempuan and dia letak atas badan aku..Kejap je dalam 1 minit aku terus minta nurse kebenaran nak azankan dia..aku takut nurse tu p amek mandikan dia dulu kan..Jadinya aku xsempat tengok muka baby, tak sempat cium rasa sentuh nurse angkat semula bungkus and bagi kat cik abang..Lepas cik abang azankan, kak adah datang ambil baby & mandikan..Dari jauh aku dengar dia nangis..Sejuk la tu kena air agakye..

Aku still atas katil lagi..Nak keluarkan uri pulak..cik abang kena keluar and nurse pun start korek-korek..aduhai sakityeee!!!! Kalau dulu tekan sikit-sikit ehem-ehem terus keluar..kali ni adohai ditekan-tekan di korek-korek..Dia nak keluarkan darah beku kan..tapi aduh punyalah sakit..

Mula-mula nurse yang sambut ayra lahir buatkan..uri tak mau keluar..Dia kurus-kurus orangnya.. 2 3 kali korek tak boleh..Lepas tu tukar orang pulak..Nurse yang baru ni badan dia besar sikit tangan pun gebu la kan..adoila lagi la dah macam apa je dia punya perasaan pasrah tu...Naik kebas kat bawah tu...Last-last keluar la..Tak boleh nak cakap sakitnya..Lepas tu dia injet kecut rahim..Kau tau la sakit kecut rahim ni sama lebih kurang macam kontraksi..berdenyut-denyut...dengan rambut aku dah macam apala agakya masa tu...

Tak lama Nurse sambut ayra tu datan balik. Kali ni dia nak jahit pulak. Sempat la aku request nak bius..Akak bius tau jangan tak bius tau...Dia jawap bius dik..Biasa memang kita bius..Aku cakap la yeke dulu macam tak bius je..rasa mentah-mentah benang tu ditarik..menggigil-gigil badan.. kali ni memang confirm la bius sebab rasa masa jarum cucuk je. .Masa benang ditarik tak rasa..Sempat cakap kt nurse tu nasib baik akak yg sambut baby sy.Kalau dulu anak 1st sy dapat doktor lelaki..Akak tu cakap xpe..tadi kak adah dah cakap dengan akak minta akak yg sambut baby..sambil senyum..Baik kan kak adah..Allah saja la dapat balas kebaikan dia...

Siap jahit tu kak adah bagi baby & cik suami boleh teman lagi..Best..Tak tau pulak lepas bersalin boleh relax dalam bilik tu suami teman..Alhamdulillah..1jam jugak lepak sama-sama...Kak adah bagi air milo suruh minum..Yg tak best ye ayra da melalak-lalak..Aku dah la separuh pitam..cuba susukan dia tp rasa lepak sangat..Cik abang dokong dia and layan dia nangis.. Aku dok layan kepala bepusing-pusing..makin lama makin ligat bepusing...Tu menunjukkan yg kepala aku betul-betul pening la bukan dibuat-buat...buka mata nampak siling bepusing-pusing..laju pulak tu..tutup mata rasa gayat melayang..Aku minta tinggikan katil..xsempat buat apa muntah..Habis basah..nasib baik xkena nurse haha..Cik abang je tadahkan muntah pastu dia lap-lapkan..Terharu kan... :P 

Dah siap semua dalam 1 jam cik abang minta diri..Dia dah kena keluar dari labour room ru and dia pun nak setelkan wad pulak. Nurse amek baby utk injet BCG then aku pulak akan di chek skali lagi oleh doktor..Yang tadi tu semua nurse..Ni baru nak jumpa doktor..Kerja doktor ni dia akan chek darah beku, jahitan & kencing...Lagi sekali la kena korek..nak menangis rasanya..Rasa daging kat situ mcm lunyai hancur...lepas tu dia masukkan tiup kencing..Keluarkan air supaya xbengkak ke apa dia cakap..Anak 1st dulu xde kena pun macam ni..Dia kata procedure baru..Jahitan pun dia dok tekan sana sini katanya xnak nanti bila dah sampai atas jahitan terbuka or xkemas or ada uri tertinggal ke apa..so dia chek dlu habis-habis sebelum pas ke wad..Berapa kali seluk tu? cuba kira..huhu..nasib-nasib...

Akhirnya selesaiii....Aku jela baring dengan baby..Nasib baik ayra tiba-tiba diam..Dapatla aku relek kejap..Makan sarap...tak lama naik ke wad.

Maka habis la cita pengalaman bersalin kali ni...Alhamdulillah..kesimpulannya kalau dulu part yang seriau masa kena jahit sebab tak bius walaupun dia kata bius..Kali ni yang buat trauma tu part korek mengorek hahaha..sampaiakn aku tidur kad wad terkejut-kejut..Baru nak lelap terasa kt bawah tu masih ditekan-tekan oleh tangan-tangan diaorang..Tak boleh pejam mata..terasa betul hish...

Syukur sangat uols sebab rezeki aku..Kataya bila dah naik wad kena chek lagi sekali bawah tu untuk confirmkan xda masalah darah beku dan lain-lain..tiba turn aku tah macam mana dorang terlepas pandang ke or saja-saja ke..xda orang pangil chek jahitan pun..kalau tak mati la..memang aku lari la dari spital huhu...

Kami kena bermalam 1 malam di hospital sebab baby aku kena chek darah 4kali untuk pastikan dia tak ada kencing manis. Esok petangnya sebelum balik sekali lagi doktor chek bawah.. Alhamdulillah tak ada darah beku, jahitan ok semua ok..sakit pun dah kurang so boleh terima la dia dok tekan2 jahitan aku tu haih..kita nak lalukan air pun seram kan..bayang la orang dok tekan-tekan pulak..

Disebabkan tu jugak luka bersalin kali ni aku tak berani tengok langsung..Kalau dulu masa anak 1st tengok juga bekas potong tu tapi Kali ni dah nak habis pantang baru berani tengok & langsung xberani pegang luka jahitan tu..lagi satu pantang main-main habis satu badan sakit-sakit..padam muka..
Habis cerita..

Membesarlah dengan sihat, aktif & cergas anak ku...Semoga hidup mu sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah, Cukup ilmu dunia & akhirat mu..Baik akhlak mu, cantik rupa mu..& berjaya di dunia dan diakhirat..Aamiin ya Rabbal alamin...


Monday, 9 May 2016

KOREA!! KAMI DATANG!! PENGALAMAN KE KOREA MUSIM BUNGA

Assalamualaikum.

Dah setahun dah pergi harini baru nak cite kan..hihi..Tak pe apa-apa yang ingat tulis je nanti kot-kot dah tua boleh baca balik. Maklumla harini free.

Kami pergi ke korea pada bulan April 2015. Setelah setahun kumpul duit dan setahun book tiket. Aku kan jual kain sulam online so sebenarnya niat utama sebab nak g korea. Dah kenapa ngidam sangat nak ke sana tak tahu la. Nak ke Jepun xberani coz banyak gempa bumi berlaku kat sana, Lagi pun negara 4 musim yg cun Korea or Europe je.. Jadi pergi yang mampu jela ye hihi. Kos semua tak ingat berapa. Pergi join group Backpacker. Mula-mula tak tahu sangat apa benda Backpacker ni asal murah je la Kos seorang kalau tak silap RM1299 6 Hari 4 Malam. Kami pergi bertiga. Ayah, Ammar & Mama. Alhamdulillah anak bujang ni memang elok perangai dia jadi tak da masalah bawak jauh-jauh pun. Janji puting ade. Sumbat je kat mulut beliau then beliau akan buat hal sendiri tanpa aksi-aksi mengamuk tak tentu pasal or meraung-raung. Tapi sebenarnya memang dari lahir dia bukan jenis mengamuk & menangis tak memasal.. Senang takda apa yang nak dinagiskan setakat ni. Alhamdulillah sayang anak mama.. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan anak bujang mama penyejuk mata ni.

Aku beli tiket murah Airasia Pergi balik RM600++ seorang kalau tak silap. Total 3 orang pun dah tak ingat dah cuma aku upgrade 1st Class seat guna Unitown website So upgrade 1 seat tambah kos RM100++ rasanya.. Maknaya nanti kalau last minit seat 1st class tak penuh nanti aku dapat upgrade ke seat 1st class tu dengan bayaran yang super murah. Masa pergi Aku just upgrade utk dua seat je so aku dengan ayah gilir2 la merasa dok seat 1st Class tu. Masa balik barulah aku upgrade ketiga-tiga seat sebab takut kepenatan + x selesa duduk seat tegak . Alhamdulillah pasal seat semua berjalan lancar.


Petuanya nak bagi diam 1. Sumbat puting. 2. Telepon 


Ammar memang kalau nak tido dia tido je.. Syukur mudah mama bawak jalan-jalan.

Persiapan pulak. Awal-awal aku dah survey suhu kat sana masa musim bunga. Ada macam-macam versi. Ada yang kata tak sejuk..Ada yang kata sejuk gila. Macam-macam lah.. Suhu standart 17c. Nak tahu sejuk macam mana cuba ko bayangkan duduk dalam Aircond buka 17c lama-lama kan sejuk jugak kan walaupun macam ala-ala boleh tahan la haha.. So aku & cik Abang just prepare baju sejuk ala-ala boleh tahan sejuk gitu.Nipis je..Adoihai..nasip baik la untuk si Anak aku berfikiran maju ke depan lagi. Aku sediakan glove tebal, Stokin tebal berbulu, baju ala-ala winter. Pasal aku fikir kalau lah tiba-tiba terlebih sejuk mana pulak nak cari semua ni. Kat sana dah la mahal. Kita pergi nak cuci mata jew. Lagi 1 si anak ni tak reti cakap kalau sejuk & kita pun tak tahu sejuk tahap mana dia rasa kan.

Maka pada hari kejadian bertolaklah kami. Naik fligt Pagi kot dalam pukul10. Adoi semua lupa dah. maklum lah dah setahun berlalu. Sampai sana dalam pukul 3.30pm macam tu. Kat dalam airport steady lagi. Keluar je pintu Airport menuju bas perghhh sejuk gila.. masa ni kalau tak silap  suhu 13c. Angin sepoi-sepoi tu memang la sangat sedap kena kat kulit tapi terus sarung baju sejuk la. Maka mulalah sesi tangan terketar-ketar tahan sejuk. Oh lupa nak info, Geng kami pergi cecah 20 orang so dapatla merasa naik bas. Kalau tak Backpacker ni maknanya berjalan kaki merata-rata menggunakan pengangkutan awam. Pengsan mak!!


Nasib baiklah ramai. Dapat merasa naik bas. Kalau tak menapak beramai-ramai jawabnya.

Masa ni la start bersyukur coz belikan ammar serba tebal. Yang paling nipis baju sejuk Ayah huhu.. Memang sejuk gila lah sebab kita tak serasi dengan suhu kat sana kan. Masing-masing yang tak bawak glove tu meraban pi carik glove. kelakar je. Sebab nya musim bunga orang sana pakai skirt je kak oi.. Memang dia orang akan pelik kalau kita tiba-tiba tanya ada jual glove tak?? hihi

Kami stay kat hotel murah je. Aku bawak family dapat duduk tingkat 3. Bodo punya penganjur. Mulanya dia set yang family duduk aras bawah senang kan. Dengan bawak anak lagi tapi tah macam mana aku 1 family dia terlepas pandang. Membebel jugak la aku sebab penat kot naik atas dukung anak lagi. Tapi nak buat macam mano rezeki kami dapat macam tu. Redha jugak lama-lama.

1 lagi nak habaq. Mula-mula aku sebenarnya nak pergi musim Luruh sebab hasil survey memang musim luruh la musim paling cun kalau nak pergi tapi kan disebakan tak boleh nak tukar pakej so stay jela dengan musim bunga. Coz pada aku alah musim bunga kat malaysia pun ada bunga. Sama je kot. Kalau luruh tu lain la xpernah tengok lagi kan..Mood sedih.. tapi alhamdulillah rupaya musim bunga tak kalah cantik juga.. Memang cun sangat-sangat. Kira berbaloi jugak la. Beratus-ratus pic kami tangkap hihi.. Plus dengan sejuk-sejuk buah gitu. Aku nasihatkan xpayah eksen-eksen bawak je glove :)


Mama sy bijak. Dia bagi saya pakai tebal-tebal..hihi

Hari pertama :

Panjang lebar dah cerita tapi baru masuk hari pertama?? Tensen tak?? Hihi xpe aku je yang baca pun nanti. So hari pertama sampai ni. Chek in je ke hotel dah pukul 5.00pm lebih.. Pukul 7.30pm berkumpul dan bertolak untuk makan malam di restoran. Jalan kaki je. Dekat pun cuma mengah la jugak.



Masak sendiri. makanan ni macam nasik goreng gitu tapi bedal jela rasa dia. Lepas makan aktiviti bebas. Disebabkan aku tak minat nak bejalan kaki penat so pusing-pusing kejap balik hotel rehat je.
Kat sini Pukul 3.00am suasana dia macma dah pukul 6.45am terang dah agaknya sebab tu lah orang korea mampu tidur lambat. pagi-pagi suhu 3Oc.

Hari Ke-Dua :

Rasanya pergi ke Pulau Nami. Tempat winter sonata tu. cantik coz masa kami sampai korea, bunga sakura tengah berkembang. Dan bunga ni cuma kembang tahan 3 4 hari je katanya. So lawala sepanjang jalan tu.


 Oh gitu bunga sakura. Ok paham..

Kat pulau ni ada disediakan basikal single, basikal couple, beca, Keretapi taman dan lain-lain tapi berbayar la. Kami just tawaf  je satu taman tu jalan kaki. Cantik dan sesuai untuk orang bercinta. Masa kami pergi ni ramai orang kat sini sebab orang korea pun suka beriadah musim bunga. Kerja kami tangkap-tangkap gambar jela.

Hari Ke-Tiga :

Kami ke Everland. bestnya kat sini. Besar dan macam-macam mainan ada cuma yang tak bestnya sampai-sampai je hujan. Senang cita sepanjang hari ni hujan je. Kami sampai dalam pukul 11am gitu keluar dari tempat ni pukul 9pm. Tu pun banyak tempat tak singgah dan banyak benda tak boleh main sebab hujan gerimis sepoi-sepoi.. nasip baikla tak da sapa yang demam.. Syukur.


Bangunan belakang tu semua tak pergi sebab jauh + hujan


Amazon Express Best gila. Baju Nipis..Orang korea tu tangkap gambar mcm tangan x bedung..Grr 


Dalam Zoo Naik Bas atas air. Suka lah abang kecik.

Dekat sini satu hari jalan pun tak habis. Memang sangat banyak aktiviti boleh buat. Lebih kurang macam Disney Land gitu la rupa dia kot.

Then kami ada pergi Pasar Myeongdong .Bukan macam pasar tapi bangunan & lorong-lorong yang penuh dengan orang menjual. Besar + jenuh nak berjalan. Rasanya hari ke 5 kami ke sini. Penat gila jalan tapi tak beli apa pun sebab walaupun murah di mata mereka tapi tetap mahal dimata aku. Lagi pun standard pasar je kat sini baik la beli kat malaysia je barang lebih kurang sama. Cuma aku terpaksa beli glove jugak akhirnya. Tu pun susah nak cari coz xda org jual.. Last-last jumpa pun orang korea tu ketawakan aku.. Agaknya dia cakap dah buang tebiat ke musim bunga pakai glove..Abes dah tangan sampai kebas-kebas tak terasa coz sejuk tak tahan. Kalau korang stay sana 2 minggu mungkin pada hari ke 4 or 5 tu dah serasi dengan cuaca sana & dah tak rasa sejuk sangat. 

Lain-lain tempat malas dala nak nak cite. Dah penat taip. Cuma last tips nak share ialah :

1. Bawak baju tebal
2. Glove bawak. Kalau tak tahan sejuk masak nak cari sebab musim sejuk/hujung musim luruh je orang sana ada jual glove
3. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau hujan takde lah nak kena pinjam sana sini. Orang nak bagi pinjam pun malas layan lagi-lagi yg travel bawak anak kecik sila lah bawa
4. Ubat-ubatan. Kot lenguh2 kaki. or demam.. Ubat anak tu penting ok.
5. Bawak stroller yang mudah dipikul & mudah di lipat. Pilih yang agak-agak ringan so kalau cik suami tu dukung anak mestila emaknya kena pikul stroller. Larat nak pikul 7 8Kg?? Kat sana kalau travel naik train. Train semua bawah tanah & jauh ke bawah tanah. Jenuh berjalan tau so kalau stroller berat lepak le kamu nanti.

Stroller Ammar aku beli Rm190++ rasanya jenama Disney. Boleh lipat macam pikul beg golf. Berat dalam 5kg++. Sanggup lagi kalau nak pikul bawak turun tangga.

6. Kalau jenis kaki kuat merayap tahan banting boleh la amek Pakej Backpaker. Kalau rasa badan berat jalan pun tak berapa gagah sila la amek pakej yg lebih baik sikit Sebab macam diberitahu tadi kalau ikutkan pakej aku ambil ni pakej berjalan kaki beramai-ramai. tapi disebabkan dah terlalu ramai so pihak penganjur sewakan bas supaya lebih senang dan jimat masa dia.
7. Bawak kudap-kudapan yang bersesuaian. Boring-boring boleh ngap3.
8. Orang kata baju tak payah bawak banyak sebab kat sana badan tak berpeluh. Tak mandi pun xpe wangi je. tapi tergamak ke tak mandi? hihi Aku hari-hari mandi la sebab cik abang mandi..

Untuk Trip kali ni ada jugak la yang aku tak puas hati contohnya kalau ikutkan banyak tempat-tempat yang kami tak pergi sebab alasan-alasan bodoh dari pihak penganjur tu. Dapat maki jugak la si dia sebab murah-murah pun pakej ni kita still bayar pakai duit. kalau pakai daun trup xpela kan. Akak maki dalam hati je..huhu. Antara sebabnya mungkin kekangan masa (Alasan..macam tak biasa pulak bawak orang ke sana..kata dah biasa..huh). Hujan (Kuasa Allah). Jadual tak tersusun. Yang ni akak marah. Sebab apa sebab ada satu perkampungan apatah nama dia kami tak dapat pergi disebabkan alasan penganjur "Hari Selasa TEMPAT TU TUTUP" dah tau tutup yang pi letak jadual ke sana hari selasa buat hapa..apalah bodoh sangat. Dia cuma kata "Alah kat sana takda apa-apa pun..rumah-rumah je.." Adoi kena baling batu sat g kepala budak ni.. Oh lupa habaq..Pemandu pelancong tu muda lagi umur 25- 29 gitu lah.. Tapi tak tau lah kenapa sengal semacam je. Lepas tu xda belajar buat kimchi pun..patutnya ada taw sob sob sob...

Then Istana Korea Gyeongbokgung pun kami tak dapat pergi dengan alasan si pemandu pelancong tempat tu tutup tengah renovate. Sebenarnya kawasan depan masih lagi boleh pergi cuma dia malas nak bawak. Kesian betul kami. Cuma fikir-fikir yelah rezeki kami tak dapat tengok tapi still salah dia lah. Nak salahkan siapa lagi kan. Patutnya bersungguh-sungguhla sikit bawak kita yang dari jauh ni..Hurm..keciwa hati kita..

Itu jelah pengalaman suka-duka kat sana. Aku bagi 10 bintang untuk keindahan bumi korea tu & 1 bintang untuk pemandu pelancong yang super senget...haha..

Wasalam..

DAH PREGNENT KALI KE-2

Assalamualaikum.

Tiba2 hari ni free & tiba2 tergerak hati nak baca kisah si abang bersalin dulu..So disebabkan free nak update sikit la pengalaman pregnet kali ni.

Setelah lebih kurang 4 tahun dah umur abang, mama pun dapat rezeki tambah baby. Tu pun tengok abang macam xbest je xde kawan. Dan dia pun dah besar dah pandai berdikari & mama rasa dah cukup kasih sayang dah mama bagi kat dia hihi soo boleh lah tambah sorang lagi. Bukan apa kadang2 bayangkan jugak kalau tiba2 pregnet masa dia tengah nak bermanja kan. Nanti dalam kereta dia dah kena duduk belakang sebab ada adik dah. Kesian pulak rasanya so alhamdulillah segala dirancang menjadi. Dia pun suka je bila tau mama pregnet. Hari-hari cium perut baring-baring gosok2 perut. Harap-harap baby keluar nanti abang tak jeles la ye. Mama pun nanti kena belakon la sayang abang lebih huhu supaya dia xterasa ke apa kan.

OK..now harini dah masuk 37 Minggu 5 hari. Betapa xsabarnye lah nak menunggu beliau lahir. Kali ni apa yang jadi masa pregnet ialah aku kena minum air gula sampai 3x. Bertuah badan kan..hish..Then masa awal-awal kehamilan berat badan naik setiap minggu dan bulan. Sampai kan pernah naik 2kg sebulan hahaha. Mana tak nya suspek kencing manis. Buat ujian kencing manis pun result semua sipi-sipi je. So last skali doktor decide awak kena minum lagi sekali air gula sebab berat badan asik naik je + result darah sipi-sipi. So kali ke-3 minum air gula baru la sangkut kencing manis. Tu pun dah masuk minggu ke 28. Fuh nasip baik kalau tidak dari awal dah kena buat BSP tu. Chek darah 4 kali sehari. Leceh kot. Hurm dah hujung-hujung tu kira gagahkan jugak la ulang alik ke klinik buat chekup.

Then 1 lagi budak kecik dalam perut ni sampai sekarang tak tau jantinanya. Awal-awal dulu scan tercepat sangat. Tak nampak apa-apa. 2nd scan buat masa minggu ke 25 kot. Doktor cakap samar-samar lagi. Mybe gugerl sebab nampak kosong. Lepas tu aku chek guna soda bikarbonat. Tengok result xberbuih so konon-konon macam gugerl la. So dengan penuh confident ya start la beli baju baby. Segala pink gitu...haih...

Last scan aku buat masa minggu ke 32 or 34 tak ingat. Tu pun buat kat klinik biasa guna 2D je. Tak nampak apa. Masa tu alang-alang doktor tanya ade buat scan tak? Aku jawap ade buat tapi masa 3 bulan. (Tipu ckit haha).. So dia pun scan. Tengok ukuran baby, air ketumban semua ok. Aku pun tanya la Doktor nampak tak lelaki or perempuan?? Dia jawap sy tengok ni macam lelaki sebab ada macam bubird ni.. Ah sudah...Tapi tula nak percaya pun susah, tak percaya pun susah sebab scan 2D kan.. Tak nampak jelas pun.

Dengan berat hati dan degilnya nak juga pergi scan 3D/4D sebab tak puas hati. Kononnya kalau betul lelaki sempat lagi aku cari baju boy kan. Tapi cik Abang tak bagi. Dia kata ala xpe kalau lelaki pun pakaikan je skirt.. Geram je aku grrr... Sebab dia kata dah dekat sangat. Membazir duit kalau scan.. Sob sob sob.... Nak jadi kan cerita tetap jugak pergi hospital bersalin nak scan tapi asik tutup je. Nasip la. Maksudnya sehingga hari ni tak scan lagi & tak tahu beliau laki ke pompuan. Sebenarnya tak kisah pun laki or pompuan sebab mama tengah syiok shopping huhu... Cuma kalau tau kan senang nak shopping apa kan.

Then 1 lagi kali ni aku suka sangat bersolek. macam-macam dibeli padahal bukan pakai sangat pun. Gigih pakai foundation la ape la.. Sebab dulu tak suka bersolek. Pakai bedak je. So makcik2 ni sukala usik hati aku ni cakap ni mesti baby  gugerll..huuuu... tapi sunggu memang rajin benau tepek tahapa-apa kat muka. Masa pregnant si abang muka punya la hodoh sampai 1 gambar selfie pun xda..Tak sanggup tengok rupa sendiri hihi.. Kali ni ade la sikit-sikit gambar pregenant.. Lagi pun xsuka sangat pun bergambar sejak-sejak badan dah cecah 60Kg. Sebelum pregnant dah cecah 60Kg.. Sekarang 71Kg.. Manala tak sakit-sakit badan. Bawak lemak je dah tambah 10Kg. berat baby baru 2Kg hihi...
Dulu sebelum pregnant abang, berat aku 48Kg. Masa sebelum lahir abang 60Kg.. Sekarang 71Kg.. Nampak tak? Adohai nak ke toilet pun punya la susah menggayakan.

Jadinya walau dah masuk 37 minggu, nama pun belum ada. Lepas tu aku jarang berborak dengan baby sebab xda nama panggilan. Si abang dulu 27 minggu dah tau dia boy so kami panggil dia muhammad. Yang kali ni sebab tak tau jantina kami panggil dia baby je..

Lagi satu, pregnant kali ni aku kawal makan. Sejak-sejak badan pernah naik 2kg dalam masa 2minggu. Lepas tu aku just makan sekali siang, sekali malam. dapat la kekalkan 71kg tu. Nasip baik la mampu tahan. Yelah orang selalu makan banyak kan. Tiba-tiba kena catu..

Hope baby keluar mudah & cepat la ya. Mama xsabar nak jumpa awak. Mama xsabar nak berpantang. Mama tak sabar nak susukan awak. Bestye. Pump susu Avent pun dah ready. Set berpantang Nona Roguy pun dah ready.. Tinggal guna je hahaha.. Sarat harapan di dada, turun la berat sampai 48Kg...Aamiin.. Mama besar-besar badan xcomel.. :p..

Muah ciked!!