Dah setahun dah pergi harini baru nak cite kan..hihi..Tak pe apa-apa yang ingat tulis je nanti kot-kot dah tua boleh baca balik. Maklumla harini free.
Kami pergi ke korea pada bulan April 2015. Setelah setahun kumpul duit dan setahun book tiket. Aku kan jual kain sulam online so sebenarnya niat utama sebab nak g korea. Dah kenapa ngidam sangat nak ke sana tak tahu la. Nak ke Jepun xberani coz banyak gempa bumi berlaku kat sana, Lagi pun negara 4 musim yg cun Korea or Europe je.. Jadi pergi yang mampu jela ye hihi. Kos semua tak ingat berapa. Pergi join group Backpacker. Mula-mula tak tahu sangat apa benda Backpacker ni asal murah je la Kos seorang kalau tak silap RM1299 6 Hari 4 Malam. Kami pergi bertiga. Ayah, Ammar & Mama. Alhamdulillah anak bujang ni memang elok perangai dia jadi tak da masalah bawak jauh-jauh pun. Janji puting ade. Sumbat je kat mulut beliau then beliau akan buat hal sendiri tanpa aksi-aksi mengamuk tak tentu pasal or meraung-raung. Tapi sebenarnya memang dari lahir dia bukan jenis mengamuk & menangis tak memasal.. Senang takda apa yang nak dinagiskan setakat ni. Alhamdulillah sayang anak mama.. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan anak bujang mama penyejuk mata ni.
Aku beli tiket murah Airasia Pergi balik RM600++ seorang kalau tak silap. Total 3 orang pun dah tak ingat dah cuma aku upgrade 1st Class seat guna Unitown website So upgrade 1 seat tambah kos RM100++ rasanya.. Maknaya nanti kalau last minit seat 1st class tak penuh nanti aku dapat upgrade ke seat 1st class tu dengan bayaran yang super murah. Masa pergi Aku just upgrade utk dua seat je so aku dengan ayah gilir2 la merasa dok seat 1st Class tu. Masa balik barulah aku upgrade ketiga-tiga seat sebab takut kepenatan + x selesa duduk seat tegak . Alhamdulillah pasal seat semua berjalan lancar.
Petuanya nak bagi diam 1. Sumbat puting. 2. Telepon
Ammar memang kalau nak tido dia tido je.. Syukur mudah mama bawak jalan-jalan.
Persiapan pulak. Awal-awal aku dah survey suhu kat sana masa musim bunga. Ada macam-macam versi. Ada yang kata tak sejuk..Ada yang kata sejuk gila. Macam-macam lah.. Suhu standart 17c. Nak tahu sejuk macam mana cuba ko bayangkan duduk dalam Aircond buka 17c lama-lama kan sejuk jugak kan walaupun macam ala-ala boleh tahan la haha.. So aku & cik Abang just prepare baju sejuk ala-ala boleh tahan sejuk gitu.Nipis je..Adoihai..nasip baik la untuk si Anak aku berfikiran maju ke depan lagi. Aku sediakan glove tebal, Stokin tebal berbulu, baju ala-ala winter. Pasal aku fikir kalau lah tiba-tiba terlebih sejuk mana pulak nak cari semua ni. Kat sana dah la mahal. Kita pergi nak cuci mata jew. Lagi 1 si anak ni tak reti cakap kalau sejuk & kita pun tak tahu sejuk tahap mana dia rasa kan.
Maka pada hari kejadian bertolaklah kami. Naik fligt Pagi kot dalam pukul10. Adoi semua lupa dah. maklum lah dah setahun berlalu. Sampai sana dalam pukul 3.30pm macam tu. Kat dalam airport steady lagi. Keluar je pintu Airport menuju bas perghhh sejuk gila.. masa ni kalau tak silap suhu 13c. Angin sepoi-sepoi tu memang la sangat sedap kena kat kulit tapi terus sarung baju sejuk la. Maka mulalah sesi tangan terketar-ketar tahan sejuk. Oh lupa nak info, Geng kami pergi cecah 20 orang so dapatla merasa naik bas. Kalau tak Backpacker ni maknanya berjalan kaki merata-rata menggunakan pengangkutan awam. Pengsan mak!!
Nasib baiklah ramai. Dapat merasa naik bas. Kalau tak menapak beramai-ramai jawabnya.
Masa ni la start bersyukur coz belikan ammar serba tebal. Yang paling nipis baju sejuk Ayah huhu.. Memang sejuk gila lah sebab kita tak serasi dengan suhu kat sana kan. Masing-masing yang tak bawak glove tu meraban pi carik glove. kelakar je. Sebab nya musim bunga orang sana pakai skirt je kak oi.. Memang dia orang akan pelik kalau kita tiba-tiba tanya ada jual glove tak?? hihi
Kami stay kat hotel murah je. Aku bawak family dapat duduk tingkat 3. Bodo punya penganjur. Mulanya dia set yang family duduk aras bawah senang kan. Dengan bawak anak lagi tapi tah macam mana aku 1 family dia terlepas pandang. Membebel jugak la aku sebab penat kot naik atas dukung anak lagi. Tapi nak buat macam mano rezeki kami dapat macam tu. Redha jugak lama-lama.
1 lagi nak habaq. Mula-mula aku sebenarnya nak pergi musim Luruh sebab hasil survey memang musim luruh la musim paling cun kalau nak pergi tapi kan disebakan tak boleh nak tukar pakej so stay jela dengan musim bunga. Coz pada aku alah musim bunga kat malaysia pun ada bunga. Sama je kot. Kalau luruh tu lain la xpernah tengok lagi kan..Mood sedih.. tapi alhamdulillah rupaya musim bunga tak kalah cantik juga.. Memang cun sangat-sangat. Kira berbaloi jugak la. Beratus-ratus pic kami tangkap hihi.. Plus dengan sejuk-sejuk buah gitu. Aku nasihatkan xpayah eksen-eksen bawak je glove :)
Mama sy bijak. Dia bagi saya pakai tebal-tebal..hihi
Hari pertama :
Panjang lebar dah cerita tapi baru masuk hari pertama?? Tensen tak?? Hihi xpe aku je yang baca pun nanti. So hari pertama sampai ni. Chek in je ke hotel dah pukul 5.00pm lebih.. Pukul 7.30pm berkumpul dan bertolak untuk makan malam di restoran. Jalan kaki je. Dekat pun cuma mengah la jugak.
Masak sendiri. makanan ni macam nasik goreng gitu tapi bedal jela rasa dia. Lepas makan aktiviti bebas. Disebabkan aku tak minat nak bejalan kaki penat so pusing-pusing kejap balik hotel rehat je.
Kat sini Pukul 3.00am suasana dia macma dah pukul 6.45am terang dah agaknya sebab tu lah orang korea mampu tidur lambat. pagi-pagi suhu 3Oc.
Hari Ke-Dua :
Rasanya pergi ke Pulau Nami. Tempat winter sonata tu. cantik coz masa kami sampai korea, bunga sakura tengah berkembang. Dan bunga ni cuma kembang tahan 3 4 hari je katanya. So lawala sepanjang jalan tu.
Oh gitu bunga sakura. Ok paham..
Kat pulau ni ada disediakan basikal single, basikal couple, beca, Keretapi taman dan lain-lain tapi berbayar la. Kami just tawaf je satu taman tu jalan kaki. Cantik dan sesuai untuk orang bercinta. Masa kami pergi ni ramai orang kat sini sebab orang korea pun suka beriadah musim bunga. Kerja kami tangkap-tangkap gambar jela.
Hari Ke-Tiga :
Kami ke Everland. bestnya kat sini. Besar dan macam-macam mainan ada cuma yang tak bestnya sampai-sampai je hujan. Senang cita sepanjang hari ni hujan je. Kami sampai dalam pukul 11am gitu keluar dari tempat ni pukul 9pm. Tu pun banyak tempat tak singgah dan banyak benda tak boleh main sebab hujan gerimis sepoi-sepoi.. nasip baikla tak da sapa yang demam.. Syukur.
Bangunan belakang tu semua tak pergi sebab jauh + hujan
Amazon Express Best gila. Baju Nipis..Orang korea tu tangkap gambar mcm tangan x bedung..Grr
Dalam Zoo Naik Bas atas air. Suka lah abang kecik.
Dekat sini satu hari jalan pun tak habis. Memang sangat banyak aktiviti boleh buat. Lebih kurang macam Disney Land gitu la rupa dia kot.
Then kami ada pergi Pasar Myeongdong .Bukan macam pasar tapi bangunan & lorong-lorong yang penuh dengan orang menjual. Besar + jenuh nak berjalan. Rasanya hari ke 5 kami ke sini. Penat gila jalan tapi tak beli apa pun sebab walaupun murah di mata mereka tapi tetap mahal dimata aku. Lagi pun standard pasar je kat sini baik la beli kat malaysia je barang lebih kurang sama. Cuma aku terpaksa beli glove jugak akhirnya. Tu pun susah nak cari coz xda org jual.. Last-last jumpa pun orang korea tu ketawakan aku.. Agaknya dia cakap dah buang tebiat ke musim bunga pakai glove..Abes dah tangan sampai kebas-kebas tak terasa coz sejuk tak tahan. Kalau korang stay sana 2 minggu mungkin pada hari ke 4 or 5 tu dah serasi dengan cuaca sana & dah tak rasa sejuk sangat.
Then kami ada pergi Pasar Myeongdong .Bukan macam pasar tapi bangunan & lorong-lorong yang penuh dengan orang menjual. Besar + jenuh nak berjalan. Rasanya hari ke 5 kami ke sini. Penat gila jalan tapi tak beli apa pun sebab walaupun murah di mata mereka tapi tetap mahal dimata aku. Lagi pun standard pasar je kat sini baik la beli kat malaysia je barang lebih kurang sama. Cuma aku terpaksa beli glove jugak akhirnya. Tu pun susah nak cari coz xda org jual.. Last-last jumpa pun orang korea tu ketawakan aku.. Agaknya dia cakap dah buang tebiat ke musim bunga pakai glove..Abes dah tangan sampai kebas-kebas tak terasa coz sejuk tak tahan. Kalau korang stay sana 2 minggu mungkin pada hari ke 4 or 5 tu dah serasi dengan cuaca sana & dah tak rasa sejuk sangat.
Lain-lain tempat malas dala nak nak cite. Dah penat taip. Cuma last tips nak share ialah :
1. Bawak baju tebal
2. Glove bawak. Kalau tak tahan sejuk masak nak cari sebab musim sejuk/hujung musim luruh je orang sana ada jual glove
3. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau hujan takde lah nak kena pinjam sana sini. Orang nak bagi pinjam pun malas layan lagi-lagi yg travel bawak anak kecik sila lah bawa
4. Ubat-ubatan. Kot lenguh2 kaki. or demam.. Ubat anak tu penting ok.
5. Bawak stroller yang mudah dipikul & mudah di lipat. Pilih yang agak-agak ringan so kalau cik suami tu dukung anak mestila emaknya kena pikul stroller. Larat nak pikul 7 8Kg?? Kat sana kalau travel naik train. Train semua bawah tanah & jauh ke bawah tanah. Jenuh berjalan tau so kalau stroller berat lepak le kamu nanti.
5. Bawak stroller yang mudah dipikul & mudah di lipat. Pilih yang agak-agak ringan so kalau cik suami tu dukung anak mestila emaknya kena pikul stroller. Larat nak pikul 7 8Kg?? Kat sana kalau travel naik train. Train semua bawah tanah & jauh ke bawah tanah. Jenuh berjalan tau so kalau stroller berat lepak le kamu nanti.
Stroller Ammar aku beli Rm190++ rasanya jenama Disney. Boleh lipat macam pikul beg golf. Berat dalam 5kg++. Sanggup lagi kalau nak pikul bawak turun tangga.
6. Kalau jenis kaki kuat merayap tahan banting boleh la amek Pakej Backpaker. Kalau rasa badan berat jalan pun tak berapa gagah sila la amek pakej yg lebih baik sikit Sebab macam diberitahu tadi kalau ikutkan pakej aku ambil ni pakej berjalan kaki beramai-ramai. tapi disebabkan dah terlalu ramai so pihak penganjur sewakan bas supaya lebih senang dan jimat masa dia.
7. Bawak kudap-kudapan yang bersesuaian. Boring-boring boleh ngap3.
8. Orang kata baju tak payah bawak banyak sebab kat sana badan tak berpeluh. Tak mandi pun xpe wangi je. tapi tergamak ke tak mandi? hihi Aku hari-hari mandi la sebab cik abang mandi..
Untuk Trip kali ni ada jugak la yang aku tak puas hati contohnya kalau ikutkan banyak tempat-tempat yang kami tak pergi sebab alasan-alasan bodoh dari pihak penganjur tu. Dapat maki jugak la si dia sebab murah-murah pun pakej ni kita still bayar pakai duit. kalau pakai daun trup xpela kan. Akak maki dalam hati je..huhu. Antara sebabnya mungkin kekangan masa (Alasan..macam tak biasa pulak bawak orang ke sana..kata dah biasa..huh). Hujan (Kuasa Allah). Jadual tak tersusun. Yang ni akak marah. Sebab apa sebab ada satu perkampungan apatah nama dia kami tak dapat pergi disebabkan alasan penganjur "Hari Selasa TEMPAT TU TUTUP" dah tau tutup yang pi letak jadual ke sana hari selasa buat hapa..apalah bodoh sangat. Dia cuma kata "Alah kat sana takda apa-apa pun..rumah-rumah je.." Adoi kena baling batu sat g kepala budak ni.. Oh lupa habaq..Pemandu pelancong tu muda lagi umur 25- 29 gitu lah.. Tapi tak tau lah kenapa sengal semacam je. Lepas tu xda belajar buat kimchi pun..patutnya ada taw sob sob sob...
Then Istana Korea Gyeongbokgung pun kami tak dapat pergi dengan alasan si pemandu pelancong tempat tu tutup tengah renovate. Sebenarnya kawasan depan masih lagi boleh pergi cuma dia malas nak bawak. Kesian betul kami. Cuma fikir-fikir yelah rezeki kami tak dapat tengok tapi still salah dia lah. Nak salahkan siapa lagi kan. Patutnya bersungguh-sungguhla sikit bawak kita yang dari jauh ni..Hurm..keciwa hati kita..
Itu jelah pengalaman suka-duka kat sana. Aku bagi 10 bintang untuk keindahan bumi korea tu & 1 bintang untuk pemandu pelancong yang super senget...haha..
Wasalam..










