Thursday, 5 December 2013

PEMBORONG KAIN SULAM INDONESIA

Assalamualaikum..

Selamat pagi jumaat..Semoga bertambah murah rezeki kita semua.

Arini aku cuma nak share sesuatu yang boleh tolong kaum-kaum wanita menambah pendapatan. Actly aku baru balik dari indon bulan lepas dan sekarang aku baru cuba-cuba melangkah setapak untuk cuba bisness Online. Bila dah pegi indon apa lagi yang nak di jual kan mestilah telekung & kain sulam dia. Kali ni aku cuba dulu niaga kain sulam. So aku ingin menyeru para wanita di Malaysia yang berminat untuk join bisness ni mai lah contact aku pasal aku tolak murah je dan korang tak perlu ke indon ambil stock, aku yang akan uruskan semuanya..

Alhamdulillah. Setakat hari ni baru nak masuk hari ke 17, aku dah dapat order sebanyak 50 helai..Ala kira ok la kan..ni baru 1st time kan..hihi..Ada lagi 15 hari lagi aku nak close order.. Cuba bayangkan kalau 17 hari dapat 50 helai order, kalau lagi 15 hari berkemungkinan akan dapat tambah order lagi 50 helai. So total order untuk 1st time ni adalah 100 helai..Jadi la kan. 2nd try nanti bila orang dah kenal, agent dropship dah bertambah mungkin order akan bertambah 200 sebulan, 3rd try mungkin order akan naik 300 helai. Cuba bagi aku berangan lebih sikit. Kalau setahun dua dah berapa untungnya kan? hihi..Biasalah orang berniaga mestilah nak fikir untung. Rasulullah pun menggalakkan umatnya meniaga sebab itu adalah punya rezeki utama..Apa nak kata, if Allah izinkan benda tu tak kan jadi mustahil.

Ada seorang sahabat baru try bisness ni setahun dah berpuluh ribu untung dia dapat..Sebulan dapat 10,000 sapa nak bagi kan? Aku kagum dengan dia. Tak apalah kita merancang, Allah jua yang menentukan rezeki masing2.

So pada sapa-sapa yang minat nak berniaga dengan aku boleh la try-try dulu. Sementara uols belum ke indon kan. Kalau ada rezeki ke sana n cari kilang2 dia boleh terus buat direct nanti..Sementara ni aku boleh jadi pemborong anda. Takda paksaan pun. Cuma kalau jual kain ni kan dia tak kira musim. Orang-orang kerajaan pegi kerja kena pakai baju kurung jugak. Orang swasta pun kebanyakkan berbaju kurung so jangan risau tentang permintaan. Lagi pun kat malaysia ni berjuta-juta wanita yg ada xkan xda seorang pun yang beli kan..kui3..Think positif..

Lagi 1, bak kata kawan aku, biar murah sikit tapi ramai orang beli, daripada mahal orang tak beli..So aku jual murah jew untuk korang mulakan bisnes..TAPI mahal ke murah ke rezeki tetap Allah punya, ada rezeki kita, mahal-mahal pun orang tetap beli..

Harga pasaran boleh pergi sampai RM150 sehelai, kalau tak caya boleh search. Tapi biasa orang jual paling mahal pun RM100-120.. Kalau korang tolak dengan kawan2 xkan la mahal sangat kan, tolak RM90 pun dah ok, terpulanglah sebab aku tolak dengan korang pun murah je. Nak beli utk pakai2 sendiri pun boleh, ambil lebih aku bagi diskaun lagi.

Tengok-tengok la harga dibawah ni ok.

Sehelai : RM 78
Borong/Order >5 Helai : RM 75
Dropship : RM85 (Komisyen RM10)
Blocking Color (Cotton Silk)




Sehelai : RM 75
Borong/Order >5 Helai : RM 70
Dropship : RM85 (Komisyen RM10)
Sulam Kodok (Cotton Silk)







 Sehelai : RM 75
Borong/Order >5 Helai : RM 70
Dropship : RM85 (Komisyen RM 10)
Sulam Kodok + Manik Cotton Silk

Sehelai : RM 75
Borong/Order >5 Helai : RM 70
Dropship : RM85 (Komisyen RM 12)
Kurung Cotton Silk


Sehelai : RM 80
Borong/Order >5 Helai : RM 70
Dropship : RM85 (Komisyen RM 10)
Kurung Cantik (Semi Sutera)



Kalau nak bertanya or teringin nak tengok gambar2 yang lain, boleh pm/wasap sy : 0182109919
Facebook : Suhaidah Raib
Asal : Kluang
Kerja : Parit Raja Batu Pahat.

Bye!!

Thursday, 20 June 2013

Mak dan Abah

Semakin hari makin seronok pulak tulis kat blog ni, Lebih-lebih lagi aku yakin takda sapa yang dok skodeng aku..hihi Dulu tak suka pasal aku tak reti nak guna blog, nak tukar background, color pun tak reti. Nak view blog sendiri pun tak reti. Tapi harini aku dah pandai. Betapa butanya IT nya aku. Mungkin lepasni aku akan lebih rajin menaip disini disebabkan ada sesuatu yang jauh yang tak dapat aku gapai setakat ni.

Pernah tak korang fikir siapalah yang akan ada disisi anda dalam susah atau senang, dalam sedih dan duka, dalam kepeningan mengharungi hidup? Siapakah dia? kawan? suami/isteri? anak-anak? semestinya dia adalah ibu bapa kita. Sedar atau tak sedar merekalah yang takkan tinggalkan kita walau sebesar mana pun salah kita. Maaflah bagi mereka yang tak punya ibu bapa seperti ini tu dah termasuk kes lain ok.

Entahlah, dalam kes aku ni aku cukup bertuah ada mak abah yang selalu memanjakan aku dan menyayangi aku walaupun aku ini bukan lah kategori anak yang solehah. Masa dulu kecik2 aku tak berapa perasan yang mak dan abah peka dentang aku. Kerana bila aku sakit pun mak seolah-olah relek-relek je. Jadi aku lebih manja dengan akak, bila sakit aku akan mengadu dengan akak. Senang cerita aku tak rasa aku ni anak manja cuma mak abah lebih bagi muka pada aku la. Tu la kelebihan nya.

Bila menginjak dewasa aku jadi makin mengerti akan kasih sayang mereka. Dan aku rasa sangat bertuah sebab ketika ini beliau masih ada disini, masih sihat sejahtera. Mungkin dulu mak abah sibuk mencari duit lebih untuk tampung kakak dan abang kau yang masih belajar di peringkat tinggi. Tiba masa aku pula dimasukkan ke universiti baru aku merasa apa itu kasih sayangnya.

Dulu masa di universiti di timur, aku jarang sekali menalefon mak dan abah kecuali jika ada hal penting atau hanya bertanya khabar sekali sekala. Sampai suatu hari, aku terkena keracunan makanan. Aku cuba bertahan dari pagi hingga ke petang. Oleh sebab hari nak malam dan aku tak mahu membebankan orang lain, aku gagahkan pergi ke hospital ditemani seorang akak angkat. Aku bagitahu mak dah abah tentang hal ini, mak cuma menjawab dengan tenang, dan hal itu berlalu begitu saja..

Beberapa bulan berlalu, semasa berkumpul dengan kakak kesayangan aku, dia ada tersebut yang mak abah sibuk nak menjengah aku di hospital. Dia bertanya kakak aku bagaimana untuk pergi kesana. Mak nak pergi tengok aku. Sedangkan aku cuma dimasukkan air 2 beg dan di injet saja. Bayangkan dari johor nak ke terengganu bukanya mudah. Nak tidur dimana? nanti sampai pukul berapa? Kakak aku tak bagi mak pergi dan cuba yakinkan mak aku tak ada apa-apa.

Aku terfikir, sayang jugak mak dekat aku. 

Kini aku dah mempunyai seorang anak, mak masih lagi disisi. Mungkin benar aku selalu bergaduh dengan mak tapi mak memang cool lah. Pada suatu ketika aku sedang berpantang, kami bergaduh besar disebabkan sedikit perselisihan sehingga membuatkan aku menangis didepan mak. Aku ini seorang yang degil dan keras kepala. Mungkin mak menyangka aku anak bongsunya yang masih kecil, sedang aku sudah hampir 27 tahun.  Ketika itu aku meluahkan ketidak puasan hati aku, mak menjawab mak dah tua, kalau tak betul ko tegurlah baik-baik.. Biasalah orang tua kadang-kadang tak tahu apa dia buat. Mak ni dah tua. Mengalir air mata aku bila mak kata begitu.. Sejak itu hubungan kami semakin baik seperti dulu. Peristiwa ini berlaku kira-kira 7 bulan yang lepas. 

Baru-baru ini aku pulang ke kampung dan mak sudah siap sediakan durian. Mak tolong bukakan durian yang baru jatuh itu, dia tengok aku buka terkial-kial dia tolong bukakan. Sampai terluka tangan dia. Tapi dia memang cool. Dikesantnya darah dijarinya itu dan cuba juga bukakan durian untuk aku. tapi aku tak bagilah. Aku belah dua durian pakai parang. rupanya belum masak lagi patutlah siat sangat. Memang biasanya dari kecil sampai aku tua bangka ni mak tetap akan tolong bukakan durian untuk aku. Manja tak? Hihi..

Alhamdulillah mak abah masih ada. Abah pula kalau dia gaji atau dapat duit bonus dia akan hulur pada aku RM50. Itulah yang dia selalu buat dari aku kecil sampai aku tua ni. Dia masih hulurkan duit untuk rasa-rasa katanya. Masa duit tak berapa ada dulu dia bagi RM1, RM2, RM5,RM10 dan kini RM50. Alhamdulillah aku tak pernah merungut dan sentiasa gembira bila abah bagi duit. Kini aku sudah 27 Tahun dan abah masih berikan duitnya kepada aku bila time gaji. Syaratnya bila masa gaji tu aku ada didepan mata dialah. Takdalah sampai dia telefon untuk bagi duit. 

Syukurlah aku masih ada mereka saat ini. Aku baru bekerja selama 2tahun. Habis belajar aku terus dapat kerja dengan sekaliinterview dan itulah interview kali pertama dalam hidup aku selepas aku tamat belajar. Semasa aku konvo mengabil Ijazah aku baru masuk kerja sebulan. Alhamdulillah berkat doa mak abah.

Umur mak dan abak aku sekarang ini 66 tahun. Mereka sebaya. Aku tak sabar-sabar untuk tunggu gaji minggu hadapan. Aku ingin berlikan mak tudung sempena harijadinya yang lepas dan belikan abah sesuatu.

Walau busuk mana pun anaknya ini, mereka tetap terima dan sayangkan aku, mereka gembira dapat menyambut dan melihat cucu bongsunya ini dari anak bongsunya. Apa yang aku harap,aku dapat memberi kebahagiaan kepada mak dan abah selagi hayat ini ada. Semoga Allah selalu membantu aku.

Aamiin..

Wednesday, 19 June 2013

Sakit Dijahit

Assalamualaikum.

Tibalah waktu menjahit. Tak lama tu datanglah doktor tukang jahit. Bila dia dah bersedia aku cepat-cepat minta untuk dibius dulu sebab sakit bersalin masih belum hilang.

Kalau nak tahu aku terkena meroyan batu selepas bersalin yang menyebabkan perut aku masih terasa kontraksi sama macam sebelum bersalin. hanya Allah saja yang tahu. Nurse kata meroyan batu ni biasanya terkena pada orang yang dah pernah bersalin. Tapi aku redha sajalah. Sempat aku mengaduh bagitahu nurse yang aku rasa macam belum bersalin je. Orang cakap kalau dah bersalin sakitnya hilang. Hurm mungkin ini bahagian masing-masing.

Jadi terketar-ketarlah kaki menahan sakit kena jahit. Aku rasa sakit kena jahit ni lagi siksa lah..Bagai dijahit hidup-hidup. Lepas dijahit aku mengiring ke kanan pula dan minta nurse bawa anak aku sebab nak bagi susu kat dia.

Ini lah pertama kali aku tatap wajah dia, terus jatuh cinta. Orangnya kecik aje 2.8kg. Rambutnya lebat. Aku bisik dalam hati, nasib baiklah 2.8 je kalau tak macam manalah nak keluarkan..haha..Sambil mengusap-usap rambut dia, aku minta dia menyusu. Sangat bijak ye dia terus pandai menyusu, so kami baring berehat je sementara tunggu ditolak ke wad.

7.00am - Kira-kira pukul 7.30 aku di keluarkan dari bilik bersalin dan diletakkan di tepi lorong antara bilik-bilik tu. Baru aku perasan jiran sebelah bilik aku tadi sedang menahan sakit. Gayanya macam sakit sangat , sayu je dia menerang kesakitan. Banyak wayar dan mesin didalam bilik dia. Sempat aku bertanya dengan nurse yang lalu lalang kenapa dia tak bersalin lagi? Nurse jawab dia menghidap asma. Aku cuma mampu doakan dia dipermudahkan. Sebelum ditolak keluar, nurse meminta kau baring melentang untuk letakkan baby dicelah kaki tapi disebabkan aku tak boleh bergerak langsung Untuk angkat punggung pun tak mampu jadi nurse biarkan saja. Aku pun tak kuasa lagi nak bergerak-gerak.

8.15am- Aku ditolak masuk ke dalam wad biasa. En.Suami dah sedia menuggu diluar. Suasana ceria je sebab semua ibu-ibu sedang pegang baby masing-masing. Tak macam wad malam tadi..semua ibu-ibu dah menukar baju warna pink. Semua nampak cute. Sekali lagi aku di tempatkan di katil palng hujung bersebelahan toilet. Alhamdulillah semua selamat.

Cuma beberapa kali aku minta nurse betulkan bedung anak aku. Menyesal rasanya cuma tangkap gambar dia 5 6 keping saja. Bye..

Detik Kelahiran Permata hati Muhammad Ammar Muklish (Kenangan Bersalin.)

Assalamualaikum.

Tak sabar-sabar nak menulis. Aku akan mencatat detik-detik indah perkembangan anak kesayangan aku dalam blog ni. Start dengan pengalaman melahirkan Muhammad Ammar Muklish.

Walau pun dah lepas lapan bulan dan anak aku dah nak masuk sembilan bulan aku harap dapat mencoretkan secara terperinci pengalaman tu.

Kalau ikutkan sebenarnya banyak manfaat bila kita baca pengalaman-pengalaman ibu bersalin ni dari awal. Seawal kandungan kita 7 - 8 bulan coz dibulan2 ni peluang untuk bersalin awal telah ada. So dengan sedikit ilmu kita boleh prepape apa-apa yang patut. Supaya kita tau apa yang perlu dilakukan kalau berlaku emergency or apa-apalah. But perlu di ingat bahasa semua pengalaman yang kita lalui adalah unik dan berbeza. Mungkin tak beza jauh dengan orang lain tapi still ada bezalah.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

25.9.2012 malam (9.00pm). Malam tu, selepas pulang dari kerja En.Suami ajak makan diluar, dia mahu belanja katanya. So aku pun pesan makanan banyak-banyak dan aku dpaat habiskan dengan berjayanya. Dalal pukul9 kami sampai rumah. En.Suami mandi dan aku berehat depan TV dengan harapan En.Suami tak membebel sebab aku malas nak mandi. Sambil-sambil berehat tu aku terasa perut ngilu dan pedih, aku hayati rasa sakit lain macam tu then tiba-tiba ada rasa seperti sesuatu meletup. Aku cepat-cepat bangun dan menuju ke bilik air sambil panggil2 En.Suami. Aku berdiri diam dan En.Suami buat muka risau, dia tanya kenapa? Aku cuma diam, tunggu kalau2 ada apa-apa yang keluar. Tak lama ada cecair keluar sedikit. (ikut cerita orang air ketumban ni keluar laju..) Disebabkan kami tak tau nak buat apa n aku dah termiss check doktor bulan tu so kami pun bersiap nak ke hospital.

9.45am - Boleh dikatakan semua tindakan2 yang aku ambil sepanjang masa nak melahirkan ni aku ikut sebijik macam yang aku baca. so tak rasa gelabah sangat lah kan. Disebabkan katblog orang cerita kalau tak rasa sakit tak perlu pergi ke hospital cepat-cepat takut disuruh balik semula, so aku ajak En.Suami singgah dulu ke klinik kesihatan nak minta pandangan nurse yang ada disitu. Bila nurse datang dia tanya sakit tak? nak akak chek jalan tak? aku cuma cakap tak nak je n tak sakit. Blog cakap check jalan ni sakit tau so aku tak nak la akak nurse tu check kan jalan. Beborak lebih kurang lastly akak tu cakap kalau belum sakit baik balik rumah dulu coz takut lama dok hospital boring pulak, tapi air ketumban dah pecah ni better terus pergi hospital lah. Nampak tak pandangan akak tu macam mane? haha..

10.30pm - Kami pun beredar dari klinik menuju ke hospital. Aku bayangkan kalau balik rumah dulu tehn dah sakit baru pergi hospital macam mana pulak nak turun tangga tingkat 3 tu kan so ambil decision terus ke hospital. Aku minta En.Suami bawak slow je coz belum sakit n takut lama-lama duduk hospital. Dalam hati aku sudah mula baca ayat yusuf

11.25pm - Sampai hospital aku berjalan saja menuju ke wad sambil ditemani En.Suami. En.Suami dengan muka yang penat dan cemas dia cuma mampu diam je sambil dengar aku bercakap-cakap. Sampai di wad aku diminta untuk check bukaan dan jantung baby selama 30 minit. En.Suami minta izin cari paking keteta sebentar. Check bukaan dah 2cm. Nak tak nak kena seluk juga. Tak sakit pun. Rimas dan tak selesa bila wayar tu dipasang di perut.

12.20pm - Daftar masuk wad. Aku berangan nak duduk wad seorang dengan bayaran RM800 semalam. En.Suami dah cucukkan duit tapi tak jadi sebab syaratnya suami tetap tak boleh teman didalam bilik selepas waktu melawat. Disebabkan aku penakut so aku pilih duduk ramai-ramai dalam wad. Siapa yang bersalin di Hospital Nora taulah suasananya.

Di dalam wad aku dapat katil paling hujung bersebelahan bilik air. Nasib baik tandas tak berbau. Lalu aku keluarkan bekal air zam-zam dan air anugerah. Air zam-zam aku minum dan sapukan ke perut sambil berdoa mudah-mudahkan kurang rasa sakit bersalin dan cepat bersalin. Air anugerah juga aku buat macam tu. Mengharapkan keberkatan air zam-zam yang mana bila kita minum dengan niat sesuatu, niat itu akan termakbul dengan izin Allah.

12.28pm - Ini adalah masa pertama kali aku merasa kontraksi sebaik saja masuk didalam wad. 12.28am,12.32am,12.38am,12.42am, 12.52am, 1.01am, 1.11am, (g toilet) 1.16am, 1.22am, 1.31am, 1.36am, 1.41am, 1.48am, (g toilet) 1.55am, 2.02am, 2.09am,(g toilet) 2.16am, 2.22am, 2.29am, 2.35am,(g toilet) 2.55am, 2.57am, .3.04am, 3.09am, 3.15am ,3.21am ,3.27am , (g toilet) 3.34am, (dalam toilet) 3.46am, (Telepas catat) 3.59am, 4.04am, 4.20am, (dan tak mampu catat)4.26am,4.31am,4.34am...

Selang masa ni aku catat dalam note Handphone. Tak tahu kenpa aku gagah mencatat tapi aku tetap catat. Dalam masa ni lah aku berulang alik ke toilet sebab aku cuba menipu diri sendiri dan memotivasikan diri aku bahawa sakit ni cuma sakit nak buang air besar je. So duduk di mangkuk tandas tu sedikit sebanyak dapat menenagkan minda. Start Pukul2 aku dah tak baring di katil sebab aku rasa masa baring aku tak dapat tahan rasa sakit tu, jadi aku duduk je di kerusi sambil pegang Handphone mencatat masa haha lawak je.

Bila sakit dah membuatkan kaki menggeletar suara aku mula la terlepas dari mulut, 1st time aku mengerang2 sakit. Waktu tu semua orang tidur, tinggal aku n seorang jiran katil je yang menahan sakit. Dia kehulur kehilir n kadang-kadang sujud n rukuk, maybe nak cepatkan bukaan jalan agaknya. Aku mengerang sampai jiran sebelah katil terjaga. Dia tengok je aku. Agaknya dia fikir "Tak lama lagi turn aku pulak la tahan sakit macam ni" ;) . Aku pula cuba membayangkan yang semua ni mimpi semata-mata..tapi tak berjaya coz sakit..hehe

2.30am - Aku ke kaunter nurse untuk minta epidural. Katanya boleh menguragkan sakit. Nurse jawab kena tunggu Doktor datang check dulu. Jadi aku cuma bergantung pada air zam-zam dan air anugerah saja untuk bertawakal.

4.30am- Nurse datang meninjau jiran aku yang berjalan-jalan tadi tu. Dia minta akak tu duduk berehat dulu then dia datang ke tempat aku yang sedang mengaduh sakit. Dia tegur air apa yang aku minum tu? air selusuh ke? Dia cakap air selusuh tak boleh minum sebelum nak bersalin sebab tulah akak tengok awak ni baru masuk wad dah sakit macam nak bersalin sangat je. Air zam-zam, air anugerah n air-air lain tak boleh diminum, fungsinya sama macam air selusuh. Aku mula risau dan rasa nak nangis coz aku tak tahu. Memang lah aku tahu air selusuh tak boleh minum tapi tahu pula air zam-zam pun tak boleh minum. Cepat-cepat aku minta untuk check bukaan. Risau kalau sakitnya dah tertonggeng2 tapi jalan baru buka 3cm kan.

5.30am- Barulah seorang doktor pelatih cina datang untuk check bukaan. Jalan pun dah tak berapa nak betul disebabkan kontraksi makin kuat. Duduk atas wheelchair pun rasa tersiksa semacam. Masa ni lah kalau nak tahu seluk tu sakit ke tidak. Bukan sakit apa, cuma rasa sakit sebab orang usik perut n badan kita yang tengah sakit tu. Kita nak sentuh perut sendiri pun tak berani tau. So ada lah rasa nak tutt doktor tu coz die amek masa 3-4minit untuk check. sabau ajelah. Bukaan dah 5cm. Alhamdulillah, risau juga minum air zam-zam (air selusuh) jalan  tak bukak lagi tapi dah sakit.

Bila semua dah siap aku ditolak ke katil semula dan diminta keluarkan kelengkapan baby untuk dibawa ke Labour Room. Terketar-ketar keluarkan baju semua tiba-tiba diminta datang balik ke balik depan untuk check bukaan. Kali ni doktor sebenar yang nak check pula. Nak marah pun dah tak guna. Minta epidural pun tak dapat so duduk kat luar bilik tu tunggu jela turn dipanggil sambil menggeletar tahan sakit. (Epidural tak bagus ye..jangan guna..)

6.00am - Aku ditolak ke Labour Room. Sebab dah kalut sangat aku lupa nak bawa Handphone. Mujur En.Suami ada tunggu didepan pintu. Tapi jumpa tak lama coz En.Suami masih belum boleh masuk ke Labour Room. Dalam Labour Room yang aku masuk ni cum katil tinggi bersalut span nipis hitam. Mula-mula nurse pasangkan wayar ke perut untuk merekod rentak jantung bayi selam 15minit. Aku merayu supaya dibenarkan En.Suami masuk coz aku tak bawa Handphone jadi risau kalau apa-apa tak sempat maklumkan pada dia. Tak lama lepas tu En.Suami telah ada didepan mata. Sempat aku minta pada dia supaya sambil tunggu di luar bacalah blog2 kisah ibu-ibu bersalin supaya dia tahu apa yang terjadi dan tau apa nak buat. Alhamdulillah En.Suami tak keberatan untuk buat searching. ;)

Dalam Labour Room ni tak seindah yang disangka. Takpa lah sebab hospital ni hospital lama tapi terasa ceria, tak sunyi. Biliknya dipisahkan dengan papan nipis dan pintu ditutup dengan langsir. Katil pun bukan katil kangkang tu, juz katil biasa je. Aku mengiring ke kiri sepanjang menahan sakit kontraksi disebabkan palang besi pemegang hanya ada disebelah kiri katil, kebetulan pula aku mengalami sakit punggung melampau sejak awal mengandung sehinggalah saat bersalin. dan sakitnya makin menjadi-jadi, so aku tak boleh baring melentang (kebetulan baring mengiring ke sebelah kiri akan memudahkan jalan terbuka..Alhamdulillah..).

Aku baring membelakangkan En.Suami, jadi aku hanya dengar samar-samar dia mengajar aku bernafas dengan betul dan mengusap-usap rambut aku. Jadi En.Suami pun dah ada so kita boleh fokus terus ke tujuan datang ke Labour Room.

Sebelum nurse tinggalkan aku, aku ada tanya takda ubat berak ke? Coz ikut blog2 yang aku baca biasanya doktor akan bagi ubat berak sebelum kita bersalin or semasa kita di Labour Room..Nurse tu jawab..nak berak ke ape ke berak je xpe...Aku sempat berasa pelik tapi takda mood nak bertanya lebih lanjut. Jadi faham-faham ajalah apa yang berlaku..

6.40am - (Aku agak je waktu ni coz dah tak dan nak tengok jam..) Pada waktu ini doktor pelatih dan beberapa orang nurse datang melihat keadaan aku. Masa tu jugalah aku rasa ada sesuatu yang tak selesa terasa dibawah dah cepat aku bagitahu doktor tu. Dia pun terus check bukaan. Bukaan dah 9cm. Dia pun sebut bahasa doktor dia, tak lama beberapa orang nurse masuk tukarlah alas pinggang aku, letak plasktik semua dan minta kau meneran. Doktor pelatih ni sempat beborak-borak tanya nurse takda ke doktor sebenar yang lain? Last-last dialah yang sambut baby aku.

4 kali push semuanya. 2st push die gunting nak bagi keluar kepala baby. Lepas tu aku stop coz masa tengok manual bersalin, nurse suruh berhenti dulu dan jangan push kalau kepala bayi dah keluar. Tapi time aku bersalin doktor siap tegur kenapa berhenti? So aku sambung push lagi 2 kali dan baby pun keluar.. En.Suami cium aku..hehe

Nurse terus letak baby atas dada sambil tu dia potong tali pusat. Aku tak sabar-sabar suruh suami cepat-cepat azankan dia..takut setan kacau dia dulu. (Ni lah harapan aku..aku bercita-cita sejak muda2 lagi, bila baby keluar kena cepat-cepat azankan..haha..tercapai..Alhamdulillah..).Sebenarnya aku tak sempat nak menatap wajah anak aku masa ni sebab aku kalut nak minta En.Suami azankan dia dulu. Cuma aku perasan dia putih bersih. Ikut En.Suami letew..Nurse Injit ubat kecutkan rahim dan semua keluar.

Selamatlah sesi melahirkan anak.. Anak dibungkus dan dibawa keluar.En.Suami pun diminta keluar. Tingga aku tunggu turn dijahit. Pada sapa-sapa nak tau pengalaman kena jahit macam mana boleh teruskan baca. ok..

Anak yang diberi nama Muhammad (Terpuji).


Antara Sedih dan Gembira.

Tengok tajuk macam xda kena mengena je kan dengan apa yang aku nak ceritan ni.. Sebenarnya aku baru lepas abes baca 1 blog tentang AQIL HAMZAH, setiap kali aku baca mesti aku nangis. Tak kesah lah nangis banyak ke sikit tapi mesti aku nangis. Sebab apa?? sebab aku adalah seorang ibu, mak , mami yang dipanggil mama..oh oh..Sedih bila terkenangkan apa yang dirasai oleh si ibu ni and aku sangat-sangat takut kalau...hrmm xmau cakap lah..

Bila pikir-pikir balik sebenarnya aku xpernah catit apa-apa pun tentanga nak aku kat mana-mana note.Contohnya bile die pandai senyum, bila die meniarap, bila die itu ni..so aku baru sedar betapa ruginya aku. Yelah dia anak sulung and aku belum pernah lahirkan sapa-sapa sebelum dia. Lain lah macam mak abah aku ada dua ank kembar sulung tapi dua-dua xdapat bertahan lama.

Kalau tengok mak aku cerita kan macam relek2 je. Gaya xsedih tapi still nampak sayu..Allah tau mak aku kuat n of coz mak aku memang kuat, garang dan penyayang. Syukurlah mak abah masih ada depan mata disaat aku mempunyai seorang anak. Memang cita-cita aku nak kawin umur 25 and nak beranak cepat. Aku nak mak abah ada masa aku dapat anak and aku nak merasa mak jaga kau masa aku dalam pantang. Alhamdulillah termakbul.

Mybe ada yang tertanya kenapa dengan AQIL HAMZAH ni? Secara ringkasnya dia telah kembali ke sisi Allah s.w.t pada umur 1 tahun 2 bulan 10 hari. Besarnya dugaan. Ammar mama akan sayang awak sampai bila-bila. Awaklah anugerah tak ternilai. Walau kita pernah jalani sesuatu kejadian bersama n cuma kita berdua je yang tau tapi awak memang cool. Awak selamat lahir n awak steady je layan mama. Semoga awak membesar jadi hamba Allah yang dirahmati dan semoga Allah sentiasa sayang pada awak. Mama xde apa nak bagi yang mama ade cuma doa. Mama akan doakan awak yang best2 je.

Kesimpulannya lepas ni aku nak cerita semua pasal ammar kat sini.
1. Sebab suka ati aku lah nak cita apa..hehe (Jangan maraa..)
2. Supaya aku xlupa
3. Terasa best tulis kat blog

Semoga AQIL HAMZAH selalu muncul dalam mimpi mama dia. Semoga mama AQIL HAMZAH selalu dapat jumpa anaknya. Walau dalam mimpi, dengan izin Allah semoga mimpi menjadi medium kedua pertemuan itu. Aamiin.

Monday, 27 May 2013

MENGELAMUN..

Hye..

Lame tak update sesawang ak nih..Sebenarya xtau nak cite ape.. Ape rase jadi bloger ni ek? seronok ke ngadap PC pastu dok taip tah ape2..huhu..hmm xkesalah la..Tadi ak jalan2 kat blog orang tibe2 teringin plak nk bermadah helah kat blog sendiri.

Minggu depan ak n family akan ke perak coz housemate ak kawen..adoi sebenarnya tengah sangap ni coz bulan ni bayar macam2..Ak plan 31 Jun 2013 ak dah nak gerak ke pineng, tapi stay kat umah abang ak dulu kat nilai. 1 Jun 2013 tu baru gerak ke perak. Masalahnye 3hb Jun 2013 ak kena pergi kursus di Pineng. Halamak rabak duit nok..

Rasa nak angkut suami n anak pergi kursus ni..ade xde pun abes bejalan jela haha..tapi tula pendapatan tak mengizinkan cuma rase sedih pulak nak bepisah gan anak ni. Bukan xpenah bepisah pun cuma xpernah pergi jauh je lagi. Paling jauh pun ak penah pergi Bagan Lalang jew. Hmm tengok la cmne nanti..

Bye2..

Tuesday, 22 January 2013

Banyak manakah susu formula yang diperlukan oleh bayi?

Semasa memberi susu formula kepada bayi, salah satu perkara yang amat mengelirukan ialah bagaimana hendak menentukan jumlah susu yang diperlukan olehnya. Tiada jawapan yang pasti untuk soalan ini – ia berdasarkan kepada usia bayi anda, berat badannya dan sama ada anda menyusukan dia dengan susu formula sahaja atau mencampurinya dengansusu badan atau makanan pejal. Di sini diberikan beberapa panduan untuk membantu anda menentukan jumlah susu formula yang diperlukan oleh bayi anda: 

Darabkan berat bayi anda dengan 2.5-2.7 auns formula

Jika bayi anda tidak mengambil sebarang makanan pejal (umur yang disarankan untuk mula makan makanan pejal ialah enam bulan), perkiraan yang biasa dipakai bagi menentukan jumlah susu formula ialah 2.5-2.7 auns (oz) bagi setiap per paun (lb) berat badan. Jadi jika berat bayi anda ialah 6lb, dia perlu minum susu formula sebanyak 15 atau 16 auns dalam tempoh 24 jam. Jika beratnya ialah 10lb, dia harus minum susu lebih kurang 25-27 auns dalam jangka masa 24 jam. 
Sila ambil perhatian: perkiraan yang biasa dipakai ini tidak begitu tepat untuk digunakan bagi ukuran metrik. 

Harap ingat bahawa perkiraan yang disarankan ini merupakan garis panduan am, dan doktor keluarga atau pakar pediatrik anda boleh menasihatkan anda mengenai jumlah susu formula secara betul bagi bayi anda semasa ia membesar. Selain itu, garis panduan ini tidak boleh digunakan untuk bayi pramatang atau bayi yang dilahirkan kurang berat –jadi, mintalah nasihat daripada doktor anda sekiranya bayi anda termasuk dalam salah satu daripada dua kategori ini. 

Mengambil kira usia bayi anda

Jumlah susu formula yang diperlukan oleh bayi anda bukan hanya bergantung kepada beratnya sahaja, tetapi juga usianya. Jangan harap bayi yang baru lahir (atau mana-mana bayi) mengikuti jadual tertentu atau sesuatu yang berasaskan matematik. 

Untuk bayi yang baru lahir, cuba berikan hanya 30-60ml (2 auns) susu formula setiap kali dia menyusu pada minggu pertama. Apabila bayi anda berusia satu bulan, dia mungkin akan mengambil 90-120ml / 3 atau 4 auns setiap kali dan akan mengambil 400-800ml / 14-28 auns sehari. Tidak lama nanti anda akan tahu sama ada bayi anda mahu jumlah yang lebih – dia akan menghabiskan botolnya dengan cepat dan akan meminta lagi! 

Dari usia dua bulan sehingga usia enam bulan, anda perlu memberikan bayi anda sebanyak 120-180ml / 4-6 auns setiap kali dia menyusu, dan ini bermakna dia mengambil dari 700ml sehingga lebih dari 1 liter / 23-35 auns, dalam masa sehari. 

Apabila bayi anda mencecah usia enam bulan, anda boleh memberinya di antara 180-220ml / 6-8 auns setiap kali dia menyusu, dan dia seharusnya mengambil lebih kurang 900ml / 32 auns formula setiap hari. 

Apabila anda mula menambah makanan pejal ke dalam dietnya, jumlah susu formula yang diambilnya perlu dikurangkan secara berperingkat sehingga kira-kira 720ml / 24 auns. Agensi Piawaian Makanan UK menyarankan bahawa apabila bayi anda telah membiasakan diri dengan makanan pejal (mengambil tiga hidangan sehari), dia seharusnya mengambil kira-kira 600ml / 20 auns atau satu pain susu formula sehari bersama pelbagai makanan lain sehingga usianya satu tahun. Selepas usia satu tahun, dia boleh bertukar dari formula ke susu lembu penuh krim. 

Ingatlah bahawa ini hanya merupakan garis panduan am sahaja, dan anda akan mendapat tahu dari bayi sama ada dia mendapat terlalu banyak atau terlalu sedikit susu formula. Jika anda tidak pasti, sila bercakap dengan doktor anda. 

Jangan menggantikan susu formula dengan makanan pejal terlalu awal

Apabila anda memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda pada usia kira-kira enam bulan, susu badan atau susu formula masih merupakan nutrisi utamanya sehingga dia berusia setahun. Semasa bayi sedang membiasakan diri dengan makanan pejal (maksudnya bayi anda mengambil makanan pejal kurang daripada tiga kali sehari atau tidak makan banyak setiap kali), pada masa ini kebanyakan bayi tidak mendapat makanan pelbagai yang secukupnya untuk memenuhi keperluan nutrisinya. Pada peringkat ini, pengambilan susu formula setiap hari sepatutnya di sekitar 720ml / 24 auns. Elakkan jus yang tidak mempunyai nutrisi yang sama dengan susu formula. 

Bayi andalah yang akan membimbing

Semua bayi bukan mempunyai selera yang sama dan kebanyakan bayi bertukar selera dari hari ke hari dan bulan ke bulan. Bayi anda akan makan apabila dia memerlukan, yang penting ialah anda mengetahui kiu atau petanda yang diberinya dan bertindak balas secara yang sesuai. Pastikan anda tidak memberikan susu secara automatik setiap kali bayi anda menangis - lama-kelamaan anda akan dapat membaca perlakuannya dan mula mengetahui sama ada dia lapar atau hanya memerlukan perhatian.
 

Apabila Bayi Sembelit


Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit?

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal

Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar. 

Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering. 

Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yang tercatat di bawah dan anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar. 

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit. 

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah: 

• Meragam, sakit abdomen dan gastrik.

• Abdomen yang keras.

• Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.

• Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.

• Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul. 

Kenapakah sembelit berlaku?

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur. 

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan. 

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun. 

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong. 

Cara-cara berikut juga boleh membantu: 

• Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

• Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran. 

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.
 

Pertumbuhan gigi Bayi


Pertumbuhan gigi

Pertumbuhan gigi bukan suatu tahap perkembangan yang dicapai oleh bayi sekaligus. Peralihan dari senyuman bergusi ke sebuah mulut penuh dengan gigi adalah perjalanan yang akan mengambil masa tiga tahun pertama anak anda. 

Perjalanan itu bermula dari dalam rahim lagi. Ketika anda mengandung, kudup gigi bayi anda telah berkembang. Ini ialah asas bagi gigi bayi (juga dikenali sebagai gigi susu). Kudup-kudup itu akan menembusi permukaan gusi di antara usia tiga bulan dan 12 bulan. 

Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar. Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan. Ketika ini jugalah biasanya diet si kecil mula merangkumi makanan pejal. 

Apabila dia mencapai usia tiga tahun, dia sudah ada mulut yang dipenuhi gigi yang dia boleh berus (dengan sedikit bantuan daripada anda) – satu langkah asas ke alam penjagaan diri. 

Bila ia berkembang

Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun. 

Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua. 

Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi. 

Bagaimana ia berkembang

Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut. 

Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan. 

Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar. Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor. 

Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda. 

Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga. 

Apakah perkembangan seterusnya?

Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun. 

Bagaimana anda boleh membantu

Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk. 

Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap jangkitan telinga atau penyakit lain. 

Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja. 

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi. 

Semak dengan doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida). 

Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi. 

Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis hari jadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju. 

Sekitar hari jadinya yang ketiga, buat temu janji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi. 

Bila anda harus bimbang

Bayi pramatang mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang. 

Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi.
 

Najis Bayi Anda Normal Atau Tidak?


Apakah yang normal?

Sebagai ibu, agak menakjubkan berapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan kepejalan najis itu normal ataupun tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah mula makan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah mengikut pembesarannya, bermula daripada dia baru dilahirkan hinggalah ke penghujung tahun pertama usianya. Sepanjang tempoh itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kepejalan dan warna, daripada lembut dan berwarna kuning cair kepada warna kuning dengan tompok-tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Apa yang akan dibuang oleh bayi saya yang baru lahir?

Untuk beberapa hari pertama selepas dilahirkan, bayi anda akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar ditanggalkan, mekonium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik.

Selepas satu atau dua hari, apabila penyusuan menjadi kebiasaan dan semua mekonium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu badan?

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari "susu pertama" anda bertindak sebagai julap yang membantu menolak mekonium keluar daripada badan bayi anda. Setelah anda mula menghasilkan susu dengan sempurna, iaitu selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.

Pada minggu-minggu terawal, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap kali menyusu, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberinya makanan pejal, apabila bayi kurang sihat, atau jika dia mula kurang menyusu.

Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu formula?

Jika bayi anda meminum susu formula, najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang diberikan susu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula perlu membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa kerana najisnya lebih besar. Lebih lama najis berada dalam usus, lebih keras ia akan jadi dan lebih sukar untuk dikeluarkan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Bincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasa bayi anda mempunyai masalah ini.

Jika kami bertukar dari susu badan ke susu formula, bagaimanakah kesannya ke atas najis bayi saya?

Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting bagi anda melakukannya secara perlahan-lahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit. Dan bagi diri anda pula, ini dapat mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik sahaja bayi anda dapat menyesuaikan diri dengan susu formula, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!

Apakah kesannya apabila bayi saya sudah mula memakan makanan pejal?

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan dan tidak berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberinya lobak merah lenyek, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah.

Begitu juga apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang susah untuk dicerna, sehinggalah satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.

Apa yang tidak normal?

Cirit-birit
Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung menghidap cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat jangkitan. Oleh itu adalah penting bagi anda mensterilkan peralatan dan mencuci tangan anda sekerap mungkin. Punca cirit-birit termasuk salah satu daripada yang berikut: jangkitan seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, pengambilan ubat, kesensitifan atau alahan terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Para ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit
Sembelit bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga merah seluruh mukanya. Simptom-simptomnya termasuklah kesukaran membuang air besar dan najis yang berbentuk seperti batu-batu kecil yang kering, sakit perut, kejengkelan, dan kadang-kala terdapat darah pada najis yang mungkin disebabkan oleh rekahan pada dubur akibat pengeluaran najis yang keras. Bayi yang diberi susu badan jarang mengalami masalah ini berbanding bayi yang diberi susu formula kerana susu ibu mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kelembutan najis.

Jika bayi anda mengalami sembelit, bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau aprikot yang dikisar.

Najis hijau
Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mengambil terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa terdapat kuman dalam perut bayi anda.

Pastikan bayi anda habis menghisap susu daripada sebelah payudara sebelum beralih ke payudara yang satu lagi. Jika sakit perutnya masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya kerana ia mungkin disebabkan oleh kesensitifan terhadap makanan, atau ubat yang diambilnya, ataupun rutin penyusuan.

Palitan darah
Palitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit kerana proses peneranan semasa membuang air besar boleh menyebabkan rekahan pada dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini adalah sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.

Berpantang selepas bersalin

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami. 

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut. 

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah:
  • tanah, yang bersifat kering;
  • api, bersifat panas;
  • udara, sejuk;
  • dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang. 

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa. 

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
  • bidan kampung;
  • pengasuh khusus;
  • emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. 

Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. Baca lebih lanjut mengenai:
  • Bengkung
  • Urut-mengurut
  • Jamu
  • Bertungku
  • Mandi-mandian herba dan akar kayu, serta amalan-amalan lain

Ujian kehamilan di rumah

Ujian kehamilan di rumah mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing anda. Badan anda mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku. 

Dalam masa beberapa hari selepas implantasi, tahap hCG anda akan meningkat dengan cepat. Kebanyakan alat penguji kehamilan cukup sensitif untuk mengesan hCG dalam air kencing pada hari pertama haid anda sepatutnya datang. 

Jika anda mendapat keputusan negatif pada kali pertama membuat ujian, ini mungkin kerana jumlah hCG belum mencecah tahap di mana ia boleh dikesan. Kadang-kadang tahapnya belum cukup tinggi untuk dikesan pada hari pertama haid anda sepatutnya tiba. Jika haid anda lewat dan keputusan yang anda perolehi negatif, tunggu beberapa hari kemudian uji lagi. 

Anda akan dapati sesetengah alat penguji kehamilan lebih sensitif daripada yang lain. Alat penguji yang paling sensitif boleh menunjukkan anda hamil walaupun jika terdapat sedikit sahaja hCG dalam badan anda. 

Anda boleh mengetahui berapa sensitif alat penguji kehamilan itu dengan membaca maklumat yang ada pada kotaknya. Anda akan dapati bahawa konsentrasi hCG diukur dalam unit mili-Internasional (mIU) per mililiter. Alat penguji dengan kesensitifan 20 mIU/ml adalah lebih sensitif daripada yang berkesensitifan 50 mIU/ml. 

Bilakah saya patut membuat ujian?

Kebanyakan alat penguji boleh menunjukkan samada anda hamil atau tidak pada hari pertama haid anda lewat. Alat penguji yang lebih sensitif mungkin boleh mengesan hCG pada tahap yang rendah beberapa hari sebelum haid anda dijadualkan tiba. Walau bagaimanapun, membuat ujian seawal ini mungkin tidak memberikan anda keputusan yang tepat (lihat di bawah). 

Bergantung kepada alat penguji yang anda gunakan, anda boleh membuat ujian pada bila-bila masa sepanjang hari. Cuba jangan minum terlalu banyak sebelum membuat ujian kerana ini boleh mencairkan hCG dalam air kencing anda. 

Sesetengah alat penguji mencadangkan anda membuat ujian pada waktu pagi, apabila anda pergi ke tandas untuk kali pertama pada hari itu. Ini terutamanya jika anda menguji pada hari-hari yang awal. Ini kerana, tahap hCG menjadi lebih pekat dalam air kencing semasa anda tidur pada waktu malam, oleh itu ia lebih mudah dikesan dalam air kencing pertama anda. 

Jika haid anda tidak teratur, mungkin sukar untuk mengenalpasti bilakah haid anda sepatutnya tiba. Sebagai panduan, anda boleh gunakan kitaran yang paling panjang dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebelum membuat ujian. 

Jika anda baru berhenti mengambil pil perancang, anda mungkin tidak tahu berapa panjangkah kitaran haid anda secara semula jadinya, dan mungkin membuat ujian samada terlalu awal atau terlalu lewat. Jika ujian anda negatif, anda patut membuat ujian lagi dalam masa tiga hari. 

Bagaimanakah cara menggunakan alat penguji kehamilan di rumah?

Mula-mula, baca arahan dengan cermat, kerana setiap jenama mempunyai arahan yang berlainan. 

Bagi kebanyakan alat penguji, caranya semudah kencing pada kayu penguji itu. Sesetengah yang lain pula memerlukan anda mengumpul air kencing dalam cawan kecil dan kemudian mencelupkan alat penguji itu ke dalamnya. Atau, anda mungkin diberi alat penitik yang digunakan untuk menitikkan sedikit sampel air kencing ke atas alat penguji. 

Bagaimana keputusan ujian ditunjukkan juga berlainan. Sesetengah alat penguji menunjukkan garisan merah jambu atau biru. Sesetengah yang lain pula menunjukkan tanda campur atau tolak, atau menukar warna sampel air kencing anda. Ujian digital pula memaparkan perkataan "pregnant" (hamil) atau "not pregnant" (tidak hamil) pada satu tingkap, dan ada juga yang memberi anggaran sudah berapa minggu anda hamil. 

Berapa lamakah masa diambil untuk mendapat keputusannya?

Periksa arahan yang disertakan dengan alat penguji anda. Tetapi biasanya keputusan dapat dilihat dalam masa tiga hingga lima minit, walaupun ia mungkin terasa seperti satu penantian yang terlalu panjang. 

Jika anda membuat ujian itu dalam tandas, anda mungkin mahu pergi ke bahagian lain dalam rumah dan mencari sesuatu untuk dibuat bagi mengalihkan perhatian. Bak kata pujangga, penantian itu satu penyiksaan! 

Adakah ujian kehamilan di rumah tepat?

Alat penguji kehamilan di rumah adalah tepat jika anda ikut arahan dengan betul. Seperti yang dinyatakan tadi, sesetengah alat penguji lebih sensitif, serta mudah digunakan dan ditafsirkan berbanding yang lain. 

Adakah keputusan negatif palsu boleh berlaku? 

Ada beberapa sebab mengapa ujian kehamilan anda menunjukkan negatif. Anda mungkin tidak hamil, atau mungkin tahap hCG anda belum mencukupi untuk dikesan melalui ujian air kencing. 

Jika anda membuat ujian terlalu awal, sebelum hari pertama haid anda lewat, anda mungkin mendapat keputusan negatif palsu kerana hormon yang dikeluarkan oleh badan anda belum mencukupi. 

Jika anda mendapat keputusan negatif tetapi masih berpendapat anda hamil, tunggu sekurang-kurangnya tiga hari, dan buatlah ujian semula. 

Adakah keputusan positif palsu boleh berlaku? 

Positif palsu, iaitu di mana keputusan ujian menunjukkan anda hamil tetapi sebenarnya tidak, adalah jarang tetapi tidak mustahil berlaku. Sesetengah ubat-ubatan seperti pil kesuburan yang mengandungi hCG, mungkin menjejaskan keputusan ujian. (Ubat-ubat biasa yang boleh dibeli di kaunter seperti paracetamol, tidak menjejaskan.) 

Kadang-kala anda boleh mendapat garisan samar yang boleh jadi sukar untuk ditafsirkan. Ketahui apa mungkin maksudnya

Di manakah saya boleh beli alat penguji kehamilan?

Anda boleh beli alat penguji kehamilan di kebanyakan farmasi dan supermarket. Anda juga boleh membelinya dalam talian. Anda tidak perlukan surat doktor untuk membelinya. 

Apakah beza ujian kehamilan di rumah dengan yang dijalankan oleh doktor?

Ramai doktor yang menggunakan alat penguji kehamilan di rumah untuk memastikan kehamilan, maka dalam hal ini kedua-duanya adalah sama. 

Kadang-kala, wanita diberi ujian darah, yang turut menguji kehadiran hCG. Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing. Ia boleh menunjukkan samada anda hamil atau tidak sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan melekat. Ini boleh jadi seawal enam hari selepas anda berovulasi. 

Anda boleh membuat ujian darah untuk lebih tahu mengenai apa yang sedang berlaku pada awal kehamilan (sebelum imbasan ultrabunyi boleh mengesan kehamilan). Ia boleh membantu mengesan kehamilan ektopik atau kehamilan molar. Ia juga satu cara yang baik untuk mengetahui bahawa tahap hCG meningkat seperti sepatutnya bagi kehamilan yang sihat. 

Anda boleh mendapatkan ujian darah di klinik doktor anda atau di hospital. 

http://www.babycenter.com.my/a1052241/ujian-kehamilan-di-rumah#ixzz2Im99Duo8